Inspektor Sheila kagum, puji Iqbal ‘sweet’

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli menerima pujian dari Inspektor Sheila apabila memuat naik beberapa gambarnya mengenakan busana tradisional India.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya S.K. Sheila Sharon melalui Facebooknya akui terkejut melihat ketampanan Ahmad Iqbal memakai busana berkenaan.

“Ahmad Iqbal Zulkefli, awak kelihatan sangat kacak dalam pakaian tradisional India. Awak kelihatan seperti seorang Raja.



“Lelaki Melayu kalau pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun boleh kalah. Apapun, awak dah boleh berlakon dalam filem Tamil dengan saya, jom,” katanya seakan tersipu-sipu malu.

Dalam pada itu, Sheila turut meluahkan rasa kagum apabila Ahmad Iqbal menulis namanya dalam bahasa Tamil di dalam ruangan kapsyen.

“Manisnya awak, tulis nama ‘Ahmad Iqbal Zulkefli’ dalam bahasa Tamil. Terima kasih kerana menghargai bahasa, tradisi dan budaya Tamil.

“Saya nak beritahu yang awak telah membuatkan saya sangat kagum,” ujarnya.



Dalam ruangan komen, Sheila berkata, dia juga kini lebih tertarik kepada Ahmad Iqbal.

“Orangnya dah dilahirkan kacak. Tapi kali ini, awak lebih kacak buat saya lebih tertarik dekat awak pula,” jelasnya.

Sebelum ini, Ahmad Iqbal memaklumkan bahawa dia terbuka hati untuk mengenali Inspektor Sheila dengan lebih dekat.

Status hubungan Ahmad Iqbal dan Sheila kemudian mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menghadiri sesi bergambar sambil mengenakan baju kebangsaan dengan warna sedondon, bulan lalu



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker