Wanita India suap pesakit Melayu makan bukti perpaduan wujud [VIDEO]

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita berbangsa India menyuapkan makanan kepada pesakit Melayu di sebuah wad hospital, membuktikan semangat perpaduan kaum di Malaysia masih wujud.

Menerusi perkongsian video Divyasree0605 di TikTok, dia memaklumkan, ibunya bertindak demikian berikutan pesakit wanita tersebut tidak dapat melihat.

“Makcik Melayu ni alami kegagalan buah pinggang dan tak boleh melihat jadi ibu saya tolong dia makan,” katanya.

Perkongsian tersebut menerima respon positif orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti rakyat Malaysia sehati sejiwa dan ia sesuatu yang membanggakan.

“Terharu sangat saya tengok video ni, hati pun rasa sebak. Hidup Malaysia, Malaysia boleh! Sehati sejiwa kita sebagai adik-beradik,” ujar Padma.

“Kita semua rakyat Malaysia, seharusnya berbangga. Satu hati, satu jiwa,” komen Gayathiri Gaya.

“Terima kasih, kita semua macam satu keluarga tak kira bangsa dan agama,” komen Fina Zulkifli.

“Bukti adab dan kemuliaan bukan pada warna kulit atau bangsa tapi pada hati,” tulis seorang lagi pengguna.

Setakat video ini dikongsikan semalam, ia berjaya meraih sebanyak 590,300 jumlah tontonan dengan lebih 5,000 komen. – KOSMO! ONLINE

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker