Cubaan Jual Abu Mayat Influencer Popular Untuk Ritual ‘Perkahwinan Hantu’ Gagal

Cubaan Jual Abu Mayat Influencer Popular Untuk Ritual ‘Perkahwinan Hantu’ Gagal

SEORANG pekerja pengebumian di China dilaporkan telah mencuri abu mayat seorang influencer wanita popular negara tersebut, dengan niat mahu menjualnya untuk ritual ‘perkahwinan hantu’.

Influencer yang dikenali sebagai “Luoxiaomaomaozi”, meninggal dunia selepas dia meminum racun serangga semasa siaran langsung (livestream) di platform media sosial Douyin, aplikasi menyerupai TikTok versi Cina.



Laporan media tempatan mengesahkan influencer wanita itu meninggal dunia pada 15 Oktober selepas bantuan kecemasan oleh pasukan perubatan gagal menyelamatkan nyawanya.

Dalam video terakhirnya sehari sebelum kematian, wanita itu bercakap mengenai kemurungan dan memaklumkan bahawa video tersebut mungkin ‘video terakhirnya’.



Luoxiaomaomaozi mempunyai 678,000 pengikut di Douyin, dan menerbitkan 38 video di laman tersebut sebelum dia meninggal dunia.

Selepas mayatnya dibakar, seorang pekerja rumah pengebumian mencuri abunya dan berpakat dengan dua individu lain untuk menjualnya kepada pembeli yang ingin melakukan ritual ‘perkahwinan hantu’.

Perkahwinan hantu adalah tradisi di beberapa wilayah di China kerana mereka percaya bahawa si mati perlu berkahwin untuk mengekalkan keturunan mereka.

Tradisi tersebut wujud sejak 3,000 tahun lalu dan lazimnya dilakukan oleh ibu bapa yang mahu anak-anak mereka yang sudah mati mencari pasangan.



Amalan ini telah diharamkan di China selama beberapa dekad, namun ia kembali baru-baru ini dengan munculnya ‘pencari jodoh hantu’ dalam talian.

Rancangan ketiga-tiga lelaki itu bagaimanapun gagal apabila mereka tidak menemui pembeli abu dan kemudiannya ditahan polis-Daily Star

Cubaan Jual Abu Mayat Influencer Popular Untuk Ritual ‘Perkahwinan Hantu’ Gagal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker