Amber Chia cedera di kepala


Amber Chia cedera di kepala

Pelakon dan model, Amber Chia memaklumkan dia pitam secara tiba-tiba sebelum terjatuh ke hadapan sehingga menyebabkan berlaku pendarahan di bahagian kiri kepala.

Selepas melakukan imbasan CT Scan, Amber hanya mengalami kecederaan kecil serta tiada pendarahan dalaman berlaku selepas terjatuh tangga di rumahnya.

“Nasib baik saya tidak memegang apa-apa di tangan dan tiada pendarahan dalaman atau sebarang kecederaan teruk pada mana-mana bahagian badan.



“Sebelum kejadian, saya baru tidurkan anak dan mahu turun ke tingkat bawah untuk mengambil telefon dan beg saya, serta mahu menghantar kawan dan pengurus. Waktu itu sudah pukul 11 malam. Pengurus berjalan di belakang saya dan melihat saya pitam secara tiba-tiba,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Semalam, Amber berkongsi gambar dirinya dengan keadaan kepala yang berbalut selepas menjalani rawatan lanjut di sebuah pusat perubatan swasta.

Mengenai punca yang menyebabkan dirinya pitam, Amber berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar dan akan berjumpa pakar neurologi bagi mendapatkan penjelasan.

“Apa yang penting saya sudah okey sekarang. Terima kasih semua atas kasih sayang dan keprihatinan. Maaf sebab buat anda semua risau.



“Saya pasti akan kembali pulih tidak lama lagi,” katanya.

Amber mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Adrian Wong dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak lelaki, Ashton, 13. Utusan

Amber Chia cedera di kepala

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker