Tak malu kalau kalah, Mahathir pun hilang deposit
Tampil dalam beberapa rakaman video di media sosial bagi menjelaskan mengapa parti itu tetap bertanding dalam pilihan raya, meskipun kerap kali tewas dan calon-calonnya hilang wang deposit.
Menjelaskan perkara itu, Timbalan Pengerusinya S Arulchelvan memberikan contoh pasukan bola sepak kebangsaan yang sering tewas dalam persaingan ke Piala Dunia.
“Orang selalu tanya pada saya mengapa PSM selalu nak bertanding walaupun kalah. Saya nak beritahu itu adalah usaha.
“Pasukan bola sepak Malaysia pun selalu kalah dalam pertandingan (persaingan) Piala Dunia. Tapi mereka masih berusaha, masih bertanding.
“Pasal hilang deposit, apa yang hendak dimalukan. Tun Dr Mahathir, perdana menteri dua kali pun hilang deposit.
“Dalam sistem first past the post, parti-parti yang besar saja boleh menang. Parti yang ketiga biasanya hilang deposit,” katanya yang juga calon PSM di DUN Kajang.
Kata Arutchelvan yang lebih mesra dengan sapaan Arul, sudah tiba masanya rakyat tidak diperbodohkan oleh parti-parti besar yang “didukung oleh tauke-tauke besar”.
“Rakyat takut untuk mengundi parti-parti yang baru. Dia (rakyat) selalunya dipaksa untuk mengundi antara dua parti yang besar.
“Sudah tiba masanya rakyat memberi kepercayaan kepada parti-parti kecil dan parti-parti yang komited kerana parti macam PSM akan memperjuangkan isu anda dengan lebih baik,” katanya.
Arul adalah calon keempat yang diumumkan PSM untuk mewakili parti itu dalam PRN pada 12 Ogos ini.
Terdahulu parti itu sudah mengumumkan calon mereka untuk DUN Dengkil, Meru dan Kota Damansara.
PSM menjalin kerjasama dengan Muda untuk menawarkan kuasa ketiga bagi menghadapi PH-BN dan PN.
‘Jangan hairan jika Kerajaan Perpaduan kautim dengan PH’
Dalam pada itu Arul juga menjawab dakwaan bahawa tindakan PSM menyertai pilihan raya hanya akan memecahkan undi PH dan akhirnya memberikan kemenangan kepada PN.
“Kelakar betul diaorang cakap kita nak pecahkan undi. Dulu dia tuduh saya nak pecahkan undi Pakatan nak kasi BN menang.
“Tengok apa berlaku. Sekarang BN dengan PH sudah join. Esok jangan hairan mungkin Kerajaan Perpaduan PH-BN ini akan kautim pula dengan Perikatan Nasional.
“Rakyat kena faham hipokrasi dan pembohongan ini,” katanya.
Tambah Arul, tiada masalah bagi mana-mana parti untuk bekerjasama dengan parti lain dan pelbagai NGO kerana PSM juga berbuat demikian.
Bagaimanapun katanya, apa yang membezakan adalah PSM tidak pernah berkompromi dengan prinsip dan perjuangannya melalui kerjasama dengan parti lain.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET