‘Saya mengaku penakut, takut kepada azab Allah’

‘Saya mengaku penakut, takut kepada azab Allah’

SEREMBAN: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Fung, 40, tidak bersetuju dengan keterangan mendakwanya dirinya seorang yang berani, malah mengaku dia sebenarnya penakut ketika membuat hujahan prosiding kes perbicaraan amang seksual membabitkan PU Azman, hari ini.

Saksi ke-10 itu memberi reaksi itu kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly, susulan keterangan saksi kelapan, Isfadiah Mohd Dasuki, 52, semalam, yang menyatakan dia meminta bantuan Firdaus memandangkan pendakwah itu berani tampil ke depan.



Firdaus sebaliknya berkata, dia hanya menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan dan lebih takut dengan azab Allah sekiranya tidak membantu, meskipun sedar akan dikecam.

“Saya tak tahu dan tak berani puji diri sendiri. Saya ingin jelaskan kenyataan Isfadiah, tak berani mengaku. Malah dalam satu kenyataan Sembang Viral di TV9, saya mengaku yang sebenarnya saya ni penakut.

“Saya sebenarnya takut kalau di akhirat nanti Allah tanya bila orang datang minta bantuan selepas dizalimi dan saya kelebihan untuk membantu mereka, saya tak bantu mereka.

“Maka saya memaksa diri membuat apa yang termampu walaupun saya tahu akan dikecam, dihina dan dicaci maki. Tetapi ketakutan kepada Allah dan azabnya membuat saya boleh hadapi caci maki itu.. Saya sebenarnya seorang penakut, bukan berani,” katanya.



Ditanya mengenai peranannya di dalam kes berkenaan, Firdaus berkata, dia menjadi pemudah cara kepada mangsa, namun tidak pernah memaksa atau mengajar mangsa membuat laporan polis.

“Pemudah cara dan untuk menenangkan mangsa terlibat kerana hampir semua kes yang kami kendalikan terutama bila melibatkan orang terkenal, mangsa akan alami ketakutan, trauma dan ‘anxiety’.

“Tugas saya beri kefahaman yang mereka tidak akan disaman oleh pihak yang dilaporkan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menafikan yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa melainkan mempunyai ramai kenalan peguam yang boleh memberi nasihat.



Sementara itu Firdaus memaklumkan beliau mengenali PU Azman sebagai bekas peserta realiti dakwah dan terlibat dalam industri lakonan, malah pernah berkomunikasi melalui WhatsApp.

Disebabkan itu katanya, dia pada awalnya sukar untuk percaya kejadian amang seksual yang melibatkan tertuduh.

Tambahnya, begitu juga dengan ibu bapa mangsa yang tidak percaya seorang ustaz selebriti tergamak melakukan perkara sebegitu rupa.

Prosiding hari keempat pada hari ini bersambung pada sebelah petang dan diadakan secara tertutup kerana difahamkan salah seorang mangsa akan memberi keterangan.



PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu. BH

‘Saya mengaku penakut, takut kepada azab Allah’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker