Dua bekas MB dicabar bekas pemimpin UMNO di Terengganu

Dua bekas MB dicabar bekas pemimpin UMNO di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Dua bekas Menteri Besar akan bertembung dengan bekas pemimpin UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

Datuk Seri Dr Ahmad Said yang juga Pengerusi UMNO negeri akan bertembung dengan bekas Ketua Pemuda UMNO negeri yang kini Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Datuk Razali Idris di kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Kijal.



Bekas EXCO kerajaan negeri, Khazan Che Mat yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit dijangka bertembung dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman di DUN Seberang Takir.

Seorang lagi bekas pemimpin UMNO yang juga bekas Ahli Parlimen Setiu, Yusof Majid akan bertanding di DUN Permaisuri menentang Setiausaha UMNO Bahagian Setiu, Hamdan Hamzah.

Bekas ADUN Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail daripada BERSATU pula dijangka mencabar bekas rakan setugasnya, Datuk Rozi Mamat di DUN Telemong daripada UMNO.

Ketua Bahagian BERSATU bahagian Besut, Mohd Husaimi Hussin pula bertembung dengan bekas Exco Kerajaan negeri yang juga penyandang kerusi DUN Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad.



Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) menang kerusi DUN Kijal dengan majoriti 1,265 undi, Hulu Besut (1,469), Permaisuri (1,970), Seberang Takir (1,884) dan Telemong (4,159 undi).

Sementara itu, Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, berkata pihaknya berlapang dada dengan keputusan pengagihan kerusi seperti diputuskan pimpinan tertinggi parti.

“Kita berpuas hati dengan proses pengagihan kerusi seperti diputuskan Majlis Pimpinan PN.

“Walaupun hanya mendapat lima kerusi, kita menerima keputusan dengan berlapang dada, walaupun kerusi bakal ditandingi calon BERSATU dianggap kubu kuat BN,” katanya. BH



Dua bekas MB dicabar bekas pemimpin UMNO di Terengganu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker