Tengku Zafrul, Saifuddin tak tercalon PRN untuk tumpu tugas menteri
Tengku Zafrul, Saifuddin tak tercalon PRN untuk tumpu tugas menteri
Ketiadaan nama besar yang berada dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini disifatkan sebagai strategi untuk mereka fokus kepada tugas menteri.
Umno menerusi Barisan Nasional (BN) tidak mencalonkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagaimana disebut-sebut sebelum ini akan diletakkan di Selangor.
PKR menerusi Pakatan Harapan (PH) pula menggugurkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak di Pulau Pinang.
Penganalisis Politik dan Penasihat Unit Literasi dan Advokasi Politik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, keputusan itu kemungkinan strategi Kerajaan Perpaduan untuk dua figura politik itu memberikan fokus kepada kerja menteri.
“Apatah lagi Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja beberapa bulan lalu dibentuk selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)
“Kalau pegang MP (Ahli Parlimen) dan Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) akan mengganggu fokus kerja mereka,” katanya.
Beliau berkata, dalam konteks Tengku Zafrul dan Saifuddin Nasution itu dijangka tidak menimbulkan isu calon nama besar tak tercalon merajuk dan akar umbi penyokong protes sebagaimana pernah dialami Umno ketika PRU-15 sebelum ini.
Antara nama besar Umno digugurkan pada PRU-15 sehingga memberi implikasi kepada pola pengundian pengundi kepada BN ketika itu ialah antaranya Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang masing-masing masih dicalonkan untuk mempertahankan DUN Rantau serta DUN Chennah, Mohd Izani berkata pengaruh besar mereka di Negeri Sembilan masih ditagih.
“Mungkin mereka (Mohamad dan Loke) ada pengaruh besar dan pegang jawatan utama dalam parti. Tok Mat (Mohamad) misalnya bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada pengaruh besar dan menjadi Adun Rantau sejak 2004.
“Begitu juga Loke yang dilaporkan berkata kaji selidik mendapati 90 peratus komuniti Cina dan lebih 50 peratus daripada masyarakat Melayu di DUN Chennah mahukan beliau bertanding di situ sekali gus mempertahankan kerusi terbabit,” katanya.
Setakat ini, Perikatan Nasional (PN) masih belum mengumumkan calon PRN yang membabitkan enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. HM
Tengku Zafrul, Saifuddin tak tercalon PRN untuk tumpu tugas menteri
Baca Artikel Menarik:
- ‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah
- Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
- Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
- Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital
- Isteri Bell Ngasri dedah sisi lain Barkoba di rumah
- Mohd Amar dakwa staf ke tandas
- REE: ‘Kehilangan’ 2 warga China jadi tanda tanya
- Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya
- Punca pendarahan otak
- Pengumuman calon PRN panas, cetus konflik dalaman parti
- Anwar beri amaran ‘bekas pemimpin negara’ pulangkan wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat
- Annuar Musa disaman!
- Fasha Sandha Makin Seksi Selepas Kurus [VIDEO]
- Music Malaysia sokong penuh tindakan tegas kerajaan haramkan kumpulan The 1975
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35