REE: Pegawai kanan kerajaan negeri ditahan SPRM
REE: Pegawai kanan kerajaan negeri ditahan SPRM
Seorang pegawai kanan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah semalam.
Perkara itu disahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, namun tidak mengetahui secara lanjut punca penahanan berikutan hanya dimaklumkan perkara itu pagi tadi.
“Saya pun dimaklumkan pagi ini dia ditahan untuk membantu siasatan, bukan ditahan kerana bersalah. Saya tak tahu dia salah apa. Tak apalah bagi selesai siasatan dahulu.
“Dia pun tak maklum apa-apa (mungkin) dia tak boleh maklumlah kot. Usaha-usaha itu semakin hari semakin rancak nampaknya,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Daerah Yan di Guar Chempedak, di sini, hari ini.
Terdahulu tersebar mesej menyatakan seorang pegawai kanan kepada Menteri Besar direman tiga hari di Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas ditahan SPRM semalam.
Ketika ditanya sama ada penahanan itu ada kaitan dengan tangkapan SPRM terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah sebelum ini, Muhammad Sanusi tidak menolak kemungkinan itu.
Rabu lalu, SPRM menahan reman CEO MBI dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan jumlah melebihi RM13 juta.
Beberapa hari kemudian, agensi itu menahan seorang lagi individu yang juga pembantu kepada pemilik syarikat yang menjadikan keseluruhan tangkapan kini seramai empat orang. BH
REE: Pegawai kanan kerajaan negeri ditahan SPRM
Baca Artikel Menarik:
- ‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah
- Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
- Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
- Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital
- Isteri Bell Ngasri dedah sisi lain Barkoba di rumah
- Mohd Amar dakwa staf ke tandas
- REE: ‘Kehilangan’ 2 warga China jadi tanda tanya
- Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya
- Punca pendarahan otak
- Pengumuman calon PRN panas, cetus konflik dalaman parti
- Anwar beri amaran ‘bekas pemimpin negara’ pulangkan wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat
- Annuar Musa disaman!
- Fasha Sandha Makin Seksi Selepas Kurus [VIDEO]
- Music Malaysia sokong penuh tindakan tegas kerajaan haramkan kumpulan The 1975
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35
Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin
You must be logged in to post a comment.