Saya tahu sengsara penjara, takkan zalimi pembangkang – Anwar
Saya tahu sengsara penjara, takkan zalimi pembangkang – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menzalimi sesiapa termasuklah individu daripada parti pembangkang.
Anwar berkata beliau tahu bagaimana kehidupan di dalam penjara dan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri.
“(Kalau ikutkan) saya dikritik, sudah lama saya ambil tindakan. Kalau ikut kadang-kadang geram, saya dah perosok dalam lokap tetapi tidak boleh sebab negara ini negara hukum (ada undang-undang).
“Orang PAS ke, orang Bersatu ke, saya tidak akan zalimi kerana saya tahu apa dia sengsara duduk dalam penjara,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa di Tanjong Karang yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Perdana Menteri berkata demikian susulan pendakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, 48, di dua Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Beliau didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata anak muda perlu mempunyai kefahaman dalam memacu perubahan negara seperti yang dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah, Ali bin Abi Talib, yang memainkan peranan utama ketika peristiwa hijrah umat Islam dari Makkah ke Madinah.
“Anak muda bukan setakat pegang bendera, jerit-jerit. Ikut dengan kefahaman. Kalau tanya setuju, sokong Anwar atau Pakatan Harapan, Barisan Nasional, biar dengan kefahaman,” katanya. Mk
Saya tahu sengsara penjara, takkan zalimi pembangkang – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)