Anwar tunjuk bukti tandatangan hapus hutang peneroka hari ini
Anwar tunjuk bukti tandatangan hapus hutang peneroka hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan bukti bahawa beliau telah menandatangani dokumen bagi penghapusan hutang peneroka Felda esok.
“Saya boleh bawa, tak perlu tunggu 24 jam, dalam 12 jam saya boleh. Memang saya tandatangan pada 27 Jun lepas. Kenapa dia (bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) tak buat kerja, tak tahu.
“Kamu (Muhyiddin) cabar begitu… baik, saya tunjuk bukti saya tandatangan (pelupusan hutang RM990 juta), dia kena minta maaf,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa di Tanjong Karang malam ini.
Anwar berkata demikian bagi menjawab tuntutan Muhyiddin kepada beliau agar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataannya yang mendakwa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin.
Tuntutan itu dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.
Selain itu, dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan surat berkenaan, Anwar juga perlu mengemukakan surat atau dokumen yang ditandatangani mengatakan beliau sebagai Menteri Kewangan pada akhir Jun lepas meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda bernilai RM8.3 bilion.
Justeru, sebelum melakukan lawatan rasmi ke Vietnam esok, Anwar berkata beliau akan menghubungi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican untuk menyerahkan bukti berkenaan.
“Insya-Allah, sebelum saya ke Vietnam esok saya akan telefon KSP dan akan bagi (bukti) itu. Saya nak dia (Muhyiddin) minta maaf secara terbuka,” katanya.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, sebelum ini mendakwa Belanjawan 2021 dan 2022 di bawah Perikatan Nasional tidak mempunyai peruntukan untuk menyelesai dan melupuskan hutang Felda.
Katanya hanya dalam Belanjawan MADANI 2023, beliau menyerahkan RM990 juta peruntukan awal bagi melupuskan hutang peneroka Felda yang berjumlah RM8.3 bilion itu. Mk
Anwar tunjuk bukti tandatangan hapus hutang peneroka hari ini
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)
You must be logged in to post a comment.