‘Smash Badminton Terpantas’ Pearly catat rekod dunia, rekod Tan Boon Heong lebur dengan kelajuan 565 km/j

TUAH pemain badminton negara, Pearly Tan yang memperoleh penghargaan berganda apabila pukulan kencangnya mendapat pengiktirafan Guinness World Records.

Pearly bersama pasangannya, M Thinaah dinobatkan sebagai Pasukan Wanita Kebangsaan dalam majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2022 pada malam Isnin.

Pengesahan pukulan ‘smash’ padu Pearly diumumkan oleh jenama sukan badminton terkemuka dunia, Yonex dalam satu kenyataan pada Selasa.

Smash pemain berusia 23 tahun itu dinobatkan sebagai pukulan terpantas dunia bagi kategori wanita dengan kelajuan 438 kilometer sejam (km/j), 65.5 km/j, lebih laju daripada sebuah kereta Formula Satu (F1).

Rekod kelajuan yang dicatatkan oleh Pearly telah diperoleh di sebuah gimnasium Yonex Co., Ltd. Tokyo Factory di Soka, Saitama, Jepun pada 14 April lalu dengan menggunakan model Nanoflare 1000 Z.

Menurut kenyataan itu, rekod yang dilakar Pearly itu diiktiraf Guinness World Records sekali gus menjadi wanita pertama yang berjaya mencatatkan kelajuan smash lebih 400km/j.

“Impak smash yang dilakukan dirakam menggunakan kamera laju tinggi. Kelajuan bulu tangkis selepas impak smash kemudian dikira berdasarkan rakaman fotografi.

“Jarak pergerakan dan masa yang diambil oleh bulu tangkis dikira antara dua koordinat kelajuan segera dikira berdasarkan pengukuran jarak, masa dan kelajuan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Yonex menyebut pemain India, Atwiksairaj Rankireddy turut berjaya memecahkan rekod dunia smash terlaju dunia yang pernah dipegang jaguh badminton negara, Tan Boon Heong.

Pada sesi ujian itu, Rankireddy berjaya mencatatkan pukulan dengan kelajuan 565 km/j sekali gus memadamkan rekod lama 438 km/j yang dilakukannya menggunakan raket model sama digunakan oleh Pearly Tan.

Menerusi dua rekod yang dicipta oleh Pearly dan Rankireddy itu menyaksikan sukan badminton lebih laju daripada sukan bola yang lain apabila dibandingkan dengan rekod kelajuan terpantas dalam Guinness World Records.

Kejayaan muncul juara di Terbuka Perancis pada Oktober lalu serta meraih pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Ogos, antara faktor yang meletakkan beregu wanita ranking ke-12 dunia itu dipilih untuk memenangi kategori Pasukan Wanita Kebangsaan 2022.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker