Sanusi cuba raih simpati rakyat atas isu kebiadabannya pada Sultan Selangor
Pertuduhan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak mempunyai kaitan dengan politik dan tiada sebarang agenda di sebaliknya, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata kenyataan Muhammad Sanusi telah melampaui batasan dan menjejaskan institusi diraja Selangor.
“Kenyataan beliau telah menyentuh dan melampaui batasan serta menjejaskan institusi diraja Selangor, yang membangkitkannya bukan saya sebagai Menteri Besar Selangor tetapi laporan berhubung perkara itu juga datangnya daripada Pengerusi Dewan Diraja Selangor oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” katanya pada forum PRN: The Fight for Selangor di Kuala Lumpur, semalam.
Amirudin berkata semua pihak perlu menghormati Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, beliau berkata tindakan Muhammad Sanusi yang memutarbelitkan perkara tersebut sebagai isu politik dan agama amat tidak bertanggungjawab.
“Beliau sekali lagi memutarbelitkan ia sebagai isu politik dan cuba menggunakan isu politik dan agama untuk meraih simpati, saya rasa ini amat tidak bertanggungjawab meskipun Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sudah memberi amaran semasa menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri kami.
“Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) dalam titah baginda amat jelas memberi amaran kepada mana-mana ahli politik agar tidak cuba menggunakan atau mengambil kesempatan terhadap isu 3R, (agama, institusi diraja dan kaum), jadi sesiapa yang melanggar batasan itu akan berdepan tindakan undang-undang,” katanya.
Muhammad Sanusi, 48, didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang semalam atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Beliau didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Amirudin turut menyifatkan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sebagai motivasi untuk mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Beliau berkata cadangan itu merupakan pengiktirafan atas pencapaian jentera kerajaan negeri dalam memaju dan memakmurkan Selangor.
“Ia akan memberi satu motivasi kepada saya terutamanya pasukan untuk memastikan majoriti yang signifikan pada PRN yang akan berlangsung Ogos nanti,” katanya.
Perdana Menteri secara rasmi hari ini mengumumkan bahawa Amirudin bakal dikekalkan sebagai Menteri Besar jika Kerajaan Perpaduan terus menerajui Selangor selepas PRN.
Beliau berkata cadangan bagi mengekalkan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua itu dibuat berikutan prestasi Amirudin dalam mentadbir negeri yang menyaksikan Selangor berada pada kedudukan terbaik dalam pertumbuhan ekonomi negara.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)
You must be logged in to post a comment.