Perkenalkan FFP di negara ini tahun depan – TMJ
PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mencadangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengimplimetasikan peraturan ‘Financial Fair Play’ (FFP) di negara ini tahun depan.
Selain cadangan pengurusan kewangan yang adil itu yang pernah disarankan beberapa tahun lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) tersebut juga menyarankan supaya FAM dan MFL mengutamakan pembangunan bakat akar umbi pasukan bola sepak di negara ini.
Katanya, kelab bola sepak di negara ini tetap perlu usahakan sendiri aspek lain termasuk dana, pembangunan akar umbi dan infrastruktur.
“PJ City (Petaling Jaya City) jalin kerjasama dengan Manchester City, di mana PJ City pada hari ini? Saya sudah berkerjasama dengan banyak kelab Borussia Dortmund (Jerman), Juventus (Itali), City Group, Valencia (Sepanyol) dan Saporro (Jepun).
“Tetapi kami hanya berkongsi kepakaran, pembangunan dan perancangan sahaja. Kelangsungan kelab, strategi komersial, duit, pembangunan akar umbi dan infrastruktur semua kena buat sendiri.
“Tiada orang akan tolong kita. Sebab itu saya cadangkan tahun depan FAM dan MFL untuk melaksanakan peraturan Financial Fair Play dan setiap pasukan mesti ada program akar umbi, wajib,” tulisnya.
Komen TMJ hadir di laman instagram bola sepak, malaysiafootballleague berikutan kerjasama yang dijalinkan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan kelab La Liga Sepanyol, Cadiz CF.
Kata TMJ lagi, ia bertujuan untuk mengawal dan mendisiplinkan pasukan-pasukan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.
“Jadi tiada lebihan perbelanjaan dan tak bayar gaji pemain. Demi kelab untuk bertahan lama kerana tak semua kelab ada keistimewaan sapu duit kerajaan setiap tahun,” tulisnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)
You must be logged in to post a comment.