Pandelela gagal lepasi pusingan kelayakan 10m platform

MENGECEWAKAN.Itu kesimpulan dapat dibuat selepas ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong gagal melepasi pusingan kelayakan acara kegemarannya, 10 meter (m) platform wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun pada Selasa.

Menurut laman sesawang kejohanan worldaquatics.com, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu mempamerkan aksi hambar apabila sekadar menamatkan saingan dengan catatan 256.40 mata untuk berada pada kedudukan ke-24 daripada 36 peserta.

Seorang lagi wakil Malaysia, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj, turut menampilkan prestasi buruk apabila sekadar merekodkan 206.45 mata untuk berada di tangga ke-35.

Pencapaian itu menyaksikan tiada wakil negara berjaya menempah slot ke separuh akhir, selepas kedua-duanya gagal menempatkan diri dalam kelompok 18 terbaik.

Bagi acara berkenaan, penerjun remaja sensasi China Quan Hong Chan nyata berada dalam kelas tersendiri untuk mengungguli pusingan kelayakan dengan catatan 435.60 mata.

Rakan senegara Chen Yuxi (393.00 mata) dan Andrea Spendolini Sirieix dari Great Britain di kedudukan ketiga (353.90 mata).

Kejohanan Akuatik Dunia 2023 akan berakhir 30 Julai ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker