Muhyiddin ‘melompat’ lagi, kini minta Anwar tunjuk bukti tandatangan

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menuntut Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa perdana menteri itu telah menandatangani surat atau dokumen selaku menteri kewangan bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Ini selepas Anwar mendakwa pelupusan hutang itu gagal dilaksanakan sewaktu Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga menuntut Anwar menarik balik kesemua kenyataan fitnah tersebut dalam tempoh 24 jam, selain memohon maaf tanpa syarat dan secara terbuka.

Ia sebahagian daripada tuntutan yang dikemukakan peguam Muhyiddin dalam surat tuntutan bertarikh semalam, yang turut memberi tempoh 24 jam kepada Anwar untuk mendedahkan dokumen atau surat yang ditandatanganinya bagi melupuskan hutang peneroka.

“Ambil perhatian bahawa sekiranya Dato’ Seri (Anwar) gagal mematuhi tuntutan- tuntutan di sini dalam tempoh yang dinyatakan di atas, kami diarahkan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Dato’ Sri, termasuk tetapi tidak terhad kepada menuntut ganti rugi dan relif injunksi tanpa notis lanjut kepada Dato Sri,” menurut surat yang dihantar oleh firma guaman Rosli Dahlan Saravanan Partnership itu.

Ketika berucap pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang pada 7 Julai lalu, Anwar mendakwa pengumuman mengenai pemansuhan 80 peratus hutang peneroka Felda yang dibuat kerajaan terdahulu tidak disertai sebarang kelulusan.

Sebaliknya, kata Anwar, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hanya membuat pengumuman pelupusan hutang berjumlah RM8.3 bilion tersebut.

Muhyiddin bagaimanapun menyangkal kenyataan Anwar itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan besar.

Dia juga memetik jawapan parlimen daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said pada 23 Feb bahawa pelupusan hutang itu sudah dilaksanakan pada 2021 walaupun tidak dilakukan secara berterusan akibat masalah aliran tunai.

Pada keesokannya, Anwar mengakui terdapat persetujuan untuk memansuhkan hutang peneroka Felda ketika pentadbiran kerajaan PN, tetapi peruntukan itu tidak dibentangkan dalam belanjawan negara pada 2021 dan 2022.

“PN tak ada peruntukan untuk menyelesai dan melupuskan hutang Felda. I stand by this record. Hanya dalam Belanjawan Madani untuk 2023, saya mula serahkan RM990 juta peruntukan awal untuk melupuskan hutang Felda yang hutang peneroka jumlahnya RM8.3 bilion ini,” katanya sambil menegaskan dia meluluskan hutang peneroka Felda pada penghujung Jun tahun ini.

Kementerian Kewangan pada 28 Jun lalu mengumumkan telah memeterai perjanjian melibatkan jaminan kerajaan kepada Felda untuk menstruktur semula pinjaman agensi itu melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda.

Jaminan kerajaan itu ditandatangani oleh Anwar selaku Menteri Kewangan.

Sementara itu, dalam surat tuntutan itu, peguam Muhyiddin berkata kenyataan fitnah Anwar bertujuan dengan niat untuk mencemar, merosakkan dan menjatuhkan reputasi anak guam mereka.

“Anak guam kami menyatakan bahawa kenyataan fitnah tersebut oleh Dato Seri yang membawa maksud yang dinyatakan di atas telah dibuat secara semberono yang menunjukkan kejahilan Dato Seri sebagai menteri kewangan yang tidak memeriksa fakta sebenar sehingga mengakibatkan Dato Seri membuat kenyataan yang palsu, bohong dan mengelirukan,” menurut surat tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker