SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung pemberian konsesi kenderaan bernilai berjuta-juta ringgit semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin.
Isu itu kini terbabit dalam tuntutan di mahkamah oleh seorang ahli perniagaan berpengaruh, Vincent Tan.
Wong yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berkata Tan membuat pendedahan yang dia menyaman kerajaan Malaysia berkaitan penamatan surat hasrat (letter of intent, atau LOI) yang ditawarkan kepada Syarikat JV Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza.
Katanya penamatan LOI itu dibuat selepas Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri pada Mac 2020.
Kata Wong, Tan memberitahu kontrak tersebut dianugerahkan kepada Spanco Sdn Bhd walaupun harga yang ditawarkan syarikat itu lebih tinggi RM700 juta.
“Dakwaan Tan adalah amat serius. Apa yang didakwa jelas menunjukkan ketidakpatuhan dalam proses tender oleh kerajaan pada 2020 di bawah pimpinan Muhyiddin
“SPRM perlu melaksanakan siasatan terhadap perkara ini dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam melalui sidang media Tan berkata Berjaya Group – dalam konsortium dengan Naza Group – dipilih untuk menguruskan konsesi pembekalan kenderaan kepada kerajaan.
Bagaimanapun dakwa Tan kontrak tersebut ditamatkan tiga bulan selepas Muhyiddin menjadi perdana menteri.
Media melaporkan kontrak berkenaan membabitkan pembekalan kira-kira 12,500 kenderaan dengan kos dianggarkan RM300 juta setahun, bermula pada selepas tahun kelima.
Menurut Tan, konsortium Naza-Berjaya itu memenangi kontrak kerajaan dengan tawaran terendah dan diberi LOI oleh Kementerian Kewangan.
Menurut Wong antara aspek penting yang perlu disiasat oleh SPRM ialah alasan mengapa LOI yang dikeluarkan lebih awal kemudian dibatalkan kerakaan.
“Apakah keputusan jawatankuasa tender pada ketika itu? Kenapa hasil tender oleh kerajaan pada 2019 tidak dipatuhi?
“Apakah justifikasi bagi kerajaan pimpinan Muhyiddin memberikan kontrak kepada Spanco yang dikatakan RM700 juta lebih tinggi?” katanya.
Mk
SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
Baca Artikel Menarik:
- SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar
- Amalan serta kelebihan Muharram
- Bella Astillah, Didi pakai baju tak cukup kain
- Che Puan Khaleeda Kongsi Momen Terkini Dengan Bella
- Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
- REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful
- Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
- Sanusi nak saman Saifuddin
- KJ nasihat Sanusi jaga adab, Shahril kata Sanusi Cuai
- RM60 ribu terbang atas jalan, kakak tawar saguhati pulangkan duit adik
- Tegur ucapan Tuan Guru, Nik Amar bidas Presiden Gerakan
- PN sakau dana judi, Anwar cabar samannya di mahkamah
- Anwar lihat fail di MOF, memang tidak ‘terjangkau’ apa yang PN lakukan semasa menjadi kerajaan
- Sophia Al Barakbah lebih baik kunci mulut saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.