Pelajar bebas hisap vape, guru tak mengajar, dakwa ibu bapa
Pelajar bebas hisap vape, guru tak mengajar, dakwa ibu bapa
Penggunaan dan penjualan vape secara berleluasa selain guru culas mengajar, antara pelbagai masalah didakwa ibu bapa berlaku di sebuah sekolah menengah di Kepong, Kuala Lumpur.
Mendedahkan perkara itu kepada FMT, mereka turut mendakwa gejala sosial di sekolah itu meruncing dengan pergaulan bebas pelajar lelaki dan perempuan selain penjualan makanan di perpustakaan yang sepatutnya menjadi tempat mengulang kaji secara senyap.
Seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Mary berkata, anaknya terjebak dalam penggunaan vape iaitu peranti menggantikan rokok yang didakwa dibeli daripada seorang pelajar.
“Gejala ‘vaping’ meluas di mana pelajar bawa vape seperti pen, guru disiplin juga tidak ambil peduli…saya terkejut bila tahu anak hisap vape,” katanya yang mengeluarkan anaknya daripada sesi persekolahan tahun lalu.
Wanita berusia lingkungan 50-an itu turut mendakwa pelajar lelaki dan perempuan bergaul secara bebas yang tidak dihentikan pentadbir sekolah.
“Paling mengecewakan, guru tidak mengajar pelajar di kelas belakang kerana beranggapan mereka tiada harapan untuk cemerlang.
“Majoritinya datang daripada keluarga B40, sepatutnya dibantu mereka dapat keputusan baik untuk bantu hidup keluarga pada masa depan,” katanya yang turut membangkitkan masalah guru menjual makanan di perpustakaan.
“Perpustakaan ibarat kantin, guru buka meja untuk pelajar beli makanan, boleh pula makan di sana…sedangkan ada orang lain cuba mengulang kaji pelajaran atau baca buku dalam suasana senyap.”
Mary mendakwa beliau telah melaporkan kes membabitkan anaknya kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, namun belum ada tindakan diambil.
Sementara itu, sorang lagi ibu yang enggan namanya didedahkan mendakwa anaknya dikenakan tindakan gantung sekolah tanpa mengikut prosedur, hanya kerana membeli minuman di luar sekolah selepas bersukan.
“Anak saya tiada masalah disiplin tetapi disebabkan kesalahan kecil itu terus digantung selepas dapat surat amaran pertama,” katanya yang memindahkan anaknya ke sekolah lain selepas rayuannya tidak diterima. FMT
Pelajar bebas hisap vape, guru tak mengajar, dakwa ibu bapa
Baca Artikel Menarik:
- SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar
- Amalan serta kelebihan Muharram
- Bella Astillah, Didi pakai baju tak cukup kain
- Che Puan Khaleeda Kongsi Momen Terkini Dengan Bella
- Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
- REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful
- Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
- Sanusi nak saman Saifuddin
- KJ nasihat Sanusi jaga adab, Shahril kata Sanusi Cuai
- RM60 ribu terbang atas jalan, kakak tawar saguhati pulangkan duit adik
- Tegur ucapan Tuan Guru, Nik Amar bidas Presiden Gerakan
- PN sakau dana judi, Anwar cabar samannya di mahkamah
- Anwar lihat fail di MOF, memang tidak ‘terjangkau’ apa yang PN lakukan semasa menjadi kerajaan
- Sophia Al Barakbah lebih baik kunci mulut saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET