Speaker, Ahli Parlimen Singapura letak jawatan
Speaker, Ahli Parlimen Singapura letak jawatan
Speaker Parlimen Singapura dan seorang lagi Ahli Parlimen kanan, parti kerajaan masing-masing melepaskan jawatan mereka, berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu disahkan pejabat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, membabitkan peletakan jawatan Speaker, Tan Chuan-Jin dan Ahli Parlimen, Cheng Li Hui.
Kedua-dua pemimpin itu adalah daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Menurut laporan REUTERS, berdasarkan kenyataan itu, peletakan jawatan Chuan-Jin dan Li Hui penting untuk mengekalkan standard kelayakan yang tinggi.
Republik itu sebelum ini dikejutkan dengan berita seorang menteri Kabinet dan seorang hartawan ditahan berhubung satu daripada kes rasuah paling serius dalam tempoh hampir empat dekad.
Kes pembongkaran membabitkan Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Ong Beng Seng itu bukan saja mengancam imej negara itu yang sebelum ini terkenal dengan imej bersih, malah turut menjejaskan parti pemerintah, PAP.
Singapura sentiasa tersenarai antara 10 negara paling kurang terbabit rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, sejak ia bermula pada 1995.
Pegawai awam di Singapura antara yang memperoleh gaji tertinggi di dunia, dengan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong memperoleh pakej kira-kira SGD$2.2 juta (RM7.54 juta) setahun. BH
Speaker, Ahli Parlimen Singapura letak jawatan
Baca Artikel Menarik:
- SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar
- Amalan serta kelebihan Muharram
- Bella Astillah, Didi pakai baju tak cukup kain
- Che Puan Khaleeda Kongsi Momen Terkini Dengan Bella
- Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
- REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful
- Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
- Sanusi nak saman Saifuddin
- KJ nasihat Sanusi jaga adab, Shahril kata Sanusi Cuai
- RM60 ribu terbang atas jalan, kakak tawar saguhati pulangkan duit adik
- Tegur ucapan Tuan Guru, Nik Amar bidas Presiden Gerakan
- PN sakau dana judi, Anwar cabar samannya di mahkamah
- Anwar lihat fail di MOF, memang tidak ‘terjangkau’ apa yang PN lakukan semasa menjadi kerajaan
- Sophia Al Barakbah lebih baik kunci mulut saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan
You must be logged in to post a comment.