Sanusi akan diheret ke mahkamah esok kerana menghina Sultan Selangor
Menteri besar sementara Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang esok.
Pendakwaan terhadap pengarah pilihan raya PN itu dipercayai berkaitan kenyataan yang didakwa menghina institusi Kesultanan Selangor dalam memilih menteri besarnya.
Menerusi carian laman sistem kehakiman, pendakwaan terhadap Sanusi akan dibuat di dua Mahkamah Sesyen berbeza.
Terdahulu dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan menteri besar Selangor.
Sanusi beberapa hari lepas memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana berkata baginda memilih menteri besar “cokia (lekeh)”, ketika mengkritik rakan sejawatnya Amirudin Shari.
Sanusi bagaimanapun mendakwa kenyataannya diputar belit oleh musuh politik BN dan Pakatan Harapan (PH).
Berikut antara kenyataan Sanusi yang menimbulkan kontroversi dan mengundang laporan polis itu:
“Bukan koman-koman (lekeh), sultan setara itu hangpa bayang dan tengok menteri besar (merujuk dirinya), sultan hebat macam itu tak akan pilih menteri besar cokia macam Amir (Amirudin). Inci pun tak berapa cukup.”
Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah bahawa isu kenyataan Sanusi yang didakwa menghina baginda belum selesai, menurut pejabat diraja.
“Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,” kata pejabat itu dalam kenyataan di media sosialnya petang ini.
Kenyataan itu juga mendedahkan Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan menghadap baginda di di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Pertemuan secara berasingan itu, kata pejabat itu, membincangkan mengenai kenyataan Sanusi dalam ceramahnya di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi diraja Selangor.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar
- Amalan serta kelebihan Muharram
- Bella Astillah, Didi pakai baju tak cukup kain
- Che Puan Khaleeda Kongsi Momen Terkini Dengan Bella
- Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
- REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful
- Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
- Sanusi nak saman Saifuddin
- KJ nasihat Sanusi jaga adab, Shahril kata Sanusi Cuai
- RM60 ribu terbang atas jalan, kakak tawar saguhati pulangkan duit adik
- Tegur ucapan Tuan Guru, Nik Amar bidas Presiden Gerakan
- PN sakau dana judi, Anwar cabar samannya di mahkamah
- Anwar lihat fail di MOF, memang tidak ‘terjangkau’ apa yang PN lakukan semasa menjadi kerajaan
- Sophia Al Barakbah lebih baik kunci mulut saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rozita miliki rumah 7 bilik di London