Peniaga dipukul akibat tidak disukai

PETALING JAYA: Seorang peniaga cedera dipukul gara-gara kehadirannya di Medan Selera Bunga Tanjung, Ampang di sini, tidak disenangi suspek sehingga bertindak menyerangnya, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam, mangsa berusia 45 tahun itu dikatakan sedang berniaga di medan niaga berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, mangsa didatangi seorang suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang juga penganggur dikenalinya dalam keadaan marah.



“Suspek kemudian secara tiba-tiba menyerang dan memukul pengadu di bahagian pipi kiri menggunakan gelas besi.

“Kejadian itu yang dileraikan oleh orang awam di lokasi kejadian mengakibatkan mangsa luka di bahagian pipi kiri dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sepasukan polis membuat tangkapan terhadap suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 1.10 pagi tadi.

“Kami turut merampas gelas besi yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk mencederakan pengadu,” katanya.



Beliau berkata, punca kejadian itu adalah disebabkan suspek tidak menyenangi keberadaan pengadu di kawasan medan selera berkenaan dan tidak diendahkan oleh mangsa.

“Perkara terbabit membuatkan suspek marah dan bertindak mencederakan pengadu. Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan kesalahan dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 20 Julai nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang perbuatan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata,” katanya



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah



Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker