Kerajaan perlu minta Arab Saudi tarik pengharaman ke atas Hadi – Kit Siang
Kerajaan perlu minta Arab Saudi tarik pengharaman ke atas Hadi – Kit Siang
Kerajaan sewajarnya menghantar wakil ke Arab Saudi untuk memohon membatalkan pengharaman Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang daripada memasuki negara tersebut.
Menurut veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, kerajaan patut mempertimbangkan cadangan berkenaan sekiranya memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya di enam negeri.
“Sekiranya ada kemenangan besar untuk Kerajaan Perpaduan dalam enam pilihan raya negeri ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim patut mempertimbangkan untuk menghantar perwakilan ke Arab Saudi untuk meminta Kerajaan Saudi membatalkan pengharaman ke atas Presiden Pas Hadi Awang.
“(Ini) supaya Presiden Pas dapat memahami pertembungan di antara golongan Islamis yang berfikiran terbuka dengan mereka yang bersifat ekstremis di Timur Tengah,” kata Kit Siang dalam kenyataan.
Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, beliau masih merasa hairan dan misteri bagaimana Abdul Hadi menjalankan tugas sebagai Duta Khas ke Timur Tengah dari tahun 2020 hingga 2022.
Ini kerana menurut beliau, Abdul Hadi diharamkan daripada menjejakkan kaki ke Arab Saudi dan beberapa negara lain di Timur Tengah.
Sementara itu Kit Siang meminta supaya ahli Pas melihat ke negara Timur Tengah dan Afrika Utara seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Mesir, Iran, Iraq, Lubnan, Maghribi dan Tunisia.
Negara tersebut katanya, mempunyai agenda reformasi yang berani untuk memodenkan kawasan serantau, memajukan institusi sosial dan mempelbagaikan ekonomi.
Bekas Setiausaha Agung DAP itu berkata, majoriti besar rakyat di negara tersebut menyokong agenda reformasi dan menolak ideologi pergerakan keagamaan yang dipolitikkan.
Mereka memilih kerajaan yang pragmatik yang boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda, menambah baik institusi keagamaan dan meningkatkan perkhidmatan awam seperti kesihatan dan pendidikan. MG
Kerajaan perlu minta Arab Saudi tarik pengharaman ke atas Hadi – Kit Siang
Baca Artikel Menarik:
- SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar
- Amalan serta kelebihan Muharram
- Bella Astillah, Didi pakai baju tak cukup kain
- Che Puan Khaleeda Kongsi Momen Terkini Dengan Bella
- Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
- REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful
- Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
- Sanusi nak saman Saifuddin
- KJ nasihat Sanusi jaga adab, Shahril kata Sanusi Cuai
- RM60 ribu terbang atas jalan, kakak tawar saguhati pulangkan duit adik
- Tegur ucapan Tuan Guru, Nik Amar bidas Presiden Gerakan
- PN sakau dana judi, Anwar cabar samannya di mahkamah
- Anwar lihat fail di MOF, memang tidak ‘terjangkau’ apa yang PN lakukan semasa menjadi kerajaan
- Sophia Al Barakbah lebih baik kunci mulut saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah
You must be logged in to post a comment.