Pentadbiran Anwar ibarat bayi belum berlari, Karim minta rakyat sabar

Pentadbiran Anwar ibarat bayi belum berlari, Karim minta rakyat sabar

Ahli Parlimen PKR Hassan Karim, antara penyokong blok kerajaan lantang mengkritik pentadbiran Anwar Ibrahim, meminta rakyat bersabar menunggu perdana menteri menyelesaikan pelbagai masalah negara.

Wakil rakyat Pasir Gudang itu berkata Anwar yang mula memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya pada penghujung November lalu kini giat menyelesaikan satu persatu masalah diwarisi daripada pentadbiran dahulu.



Beliau turut mengibaratkan pentadbiran presiden PKR itu sebagai bayi berusia tujuh bulan yang belum pandai berlari.

“Kita telah menunggu lama untuk beliau menjadi perdana menteri, rakyat kena sabar sikit…kalau bayi tujuh bulan anak itu belum pandai berlari.

“Jadi masalah negara ini besar dan banyak, tetapi beliau buat (selesai) satu demi satu,” katanya berucap pada Jelajah Madani DUN Permatang malam tadi yang disiarkan di Facebook.

“Kadang-kala saya kritik juga dia, ada orang marah…tetapi tegur itu tegur sayanglah pemimpin kita.”



Jelajah itu turut dihadiri pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRN bulan depan.

Hassan dalam satu temu bual dengan FMT pada April lalu mendedahkan bahawa pandangan jujurnya mengenai kerajaan Anwar meresahkan beberapa pemimpin yang menghantar mesej kepadanya, memintanya “lebih mengawal diri kerana PKR kini kerajaan”.

Tiga puisi bertajuk Ku Simpan Risalah Reformasi di Dalam Peti, Kuasa Mengubah Segala-galanya dan Satu Deklarasi dihasilkannya itu juga secara berkias mengkritik Anwar.

Puisi itu antara lain mendakwa Anwar menggadai prinsip perjuangan selain mempersoalkan perjanjian PH dengan gabungan parti membentuk kerajaan perpaduan. FMT



Pentadbiran Anwar ibarat bayi belum berlari, Karim minta rakyat sabar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia



Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker