Pencen pesara kerajaan dibayar ikut amaun asal – Anwar
Pencen pesara kerajaan dibayar ikut amaun asal – Anwar
Jemaah Menteri memutuskan pencen dan pencen terbitan untuk pesara kerajaan bagi Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu, yang memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.
Beliau berkata, amaun pencen asal adalah berdasarkan tafsiran, iaitu bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012, manakala bagi pegawai awam yang bersara mulai 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.
“Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan pindaan terhadap Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 kurang memberi manfaat kepada pesara perkhidmatan awam, justeru mengisytiharkannya sebagai terbatal dan tidak sah.
Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara turut memutuskan peruntukan berkenaan yang membenarkan kenaikan kadar rata sebanyak dua peratus setiap tahun, bercanggah Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan (perlindungan hak pencen) berbanding Akta Pelarasan Pencen 1980 sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pesara semasa berkhidmat dan prihatin dengan kebajikan pesara dalam situasi ketika ini.
Justeru katanya, kerajaan juga akan mengkaji semakan gaji perkhidmatan awam dan ia akan turut membabitkan pesara perkhidmatan awam.
“Penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238)
“Hasil keputusan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kakitangan awam, pesara perkhidmatan awam dan kerajaan,” katanya. HM
Pencen pesara kerajaan dibayar ikut amaun asal – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Broker hartanah mati dikerat, mayat disumbat dalam peti sejuk
- Amirudin bukan pandai memerintah – Sanusi
- SPRM buru Justin Lim
- Bekas isteri pelawak buka tudung selepas bercerai
- Cik Pia datang terjah, Boss Kay dakwa bekas isteri psiko (Video)
- Afdlin Shauki sudah berkahwin?
- Bapa durjana rogol 2 anak, seorang hamil
- Suami paksa isteri pakai macam ‘Pornstar’ akibat ketagih pornografi
- Jihan, Elly bermasam muka?
- Zafrul bidas Mahathir, ‘Saya menteri bukan SUA Mahathir’
- Sanusi buka rahsia PAS Kedah dengan Mukhriz
- Banglo mewah, ‘Sanusi habaq bukan dia punya’
- Chegubard gesa siasat rumah Anwar didakwa milik ‘tauke misteri’
- Bibir murid digigit guru, beri ruang pihak berkuasa siasat – Fadhlina
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia
You must be logged in to post a comment.