Dulu gendong karipap, sekarang boss kilang
Dulu gendong karipap, sekarang boss kilang
PONTIAN: Bermula dengan modal RM40 sepasang suami isteri gigih menjual karipap dihasilkan mereka menggunakan troli, selain kadang kala ‘menggendong’ dulang berisi kuih itu dari rumah ke rumah.
Itu cerita 12 tahun dulu, namun kini Jasmin Pannoot, 49 dan isteri, Hapizah Mohd Salleh, 51, dari Taman Saujana di Parit Semerah, dekat sini, boleh berbangga usaha gigih mereka membuahkan hasil sehingga kini memiliki kilang pemerosesan karipap sendiri.
Jasmin yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata hasil perniagaan ‘Karipap Ale-Ale’ itu, dia bukan hanya mampu menyewa bangunan lebih selesa untuk dijadikan kilang pemerosesan karipap, malah turut berjaya meraih pendapatan bersih sehingga RM6,000 sebulan.
“Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan sehingga kini saya dibantu 15 pekerja untuk membantu menghasilkan karipap pelbagai menu yang mencecah 3,000 biji sehari untuk pasaran sekitar Pontian, Johor Bahru dan Singapura,” katanya yang juga bapa kepada tujuh anak.
Jasmin yang pernah dianugerahkan RISDA B122 Challenge 2020 dan menerima geran bernilai RM 35,000 berkata, ‘Karipap Ale-Ale’ dihasilkan dengan pelbagai inti berasaskan ubi kentang seperti berperisa telur, sayur, ayam, daging dan nanas yang mana ia dipelajarinya hasil bimbingan RISDA.
Katanya, proses pembuatannya nampak mudah dan ringkas menggunakan peralatan moden hasil bantuan RISDA, namun jika tidak mengikut peraturan termasuk aspek ramuan, menu karipap tidak menepati cita rasa penggemarnya.
“Paling mustahak penyediaan rempah ratus dalam pembuatan pelbagai perisa (inti), bagi mengekalkan rasa keaslian menu tradisional yang semakin digemari planggan pelbagai kaum.
“Demi mempelbagaikan menu, kami juga hasilkan karipap dengan perisa seperti sotong, ikan, udang, keju dan bihun.
“Karipap siap dimasak dimasukkan ke dalam bekas sebelum dipasarkan atau dihantar kepada pelanggan dengan harga antara RM1 hingga RM5 sebiji,” katanya.
Pekerja, Fatimah Kechant, 55, mengakui pembabitan dalam pemprosesan menu berkenaan sejak tiga tahun lalu membantunya menambah pendapatan suami yang bekerja sebagai nelayan.
“Kewujudan kilang pemprosesan karipap itu juga memberi peluang pekerjaan penduduk setempat termasuk golongan muda,” katanya. BH
Dulu gendong karipap, sekarang boss kilang
Baca Artikel Menarik:
- Pertuduhan salah guna kuasa Muhyiddin lengkap – TPP
- Yusof Haslam tampil pertahan Puteri Sarah berhias ketika iddah
- Penternak lembu cari jodoh
- Saya pula kena tembak – Elizabeth Tan
- Cat Farish bengang dituduh berhutang dengan bekas isteri
- Tiada keadilan terhadap Najib, penyokong dijangka protes PRN – Nazifuddin
- Muhyiddin diselar bankrap idea
- Kita bentang karpet merah Tun – Tengku Zafrul
- Hanya buang masa, Ambiga kecewa dengan kerajaan
- Anak Zahid kaitkan penyertaan Ras Adiba dalam Bersatu kerana merajuk permintaan tidak ditunaikan
- Berbogel, Lily Rose Depp tiada masalah
- Gelar isteri pelacur Vietnam, Caprice cabar untuk bersemuka
- ‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf
- Hubungan dingin Jep Shuib bukan lagi rahsia, Mamat mahu cuba satukan kembali
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi
Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah
You must be logged in to post a comment.