Afdlin Shauki dilantik ahli Lembaga Penasihat DBKL

Afdlin Shauki dilantik ahli Lembaga Penasihat DBKL

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki kini menggalas tanggungjawab sebagai ahli Lembaga Penasihat Bandar Raya Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.

Afdlin ketika dihubungi berkata, tugasnya adalah untuk merencana serta menambah baik bahagian seni, hiburan, budaya warisan dan sukan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat untuk sektor itu.

“Ia adalah pemilihan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian, diperkenan dan diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya, dipersetujui oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Secara rasminya, perlantikan ini dibuat pada Jumaat lalu dan saya serta 10 individu lain, diletakkan dalam Lembaga Penasihat Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan kemudian, kami akan dimasukkan ke dalam jawatankuasa tertentu yang akan diumumkan kelak.

“Tugas saya adalah untuk merencana bahagian berkaitan seni, hiburan, warisan dan sukan, sebab, saya rasa, mereka ingin jadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni dan budaya warisan, serta sukan. Jadikan ibu kota ini lebih gah dengan aktiviti-aktiviti sebegitu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia mewakili industri dan dapat berhubung terus dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh untuk berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan bagi menaik taraf sektor berkaitan.

“Akan ada orang yang berfikir bahawa saya takkan jadi kritikal dengan DBKL kerana saya berada di dalam pasukan mereka. Tapi, sebenarnya, yang perlu difikirkan adalah, DBKL akan mendapat nasihat daripada orang yang berada dalam industri sendiri.

“Dalam kata lain, sekarang, sudah ada orang dari dalam industri yang dapat berbincang secara langsung dengan Datuk Bandar untuk menambah baik perkara-perkara seperti yang disebutkan,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan dan perancangannya dalam memperkasakan hala tuju untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota seni, budaya warisan dan sukan, Afdlin mensasarkan agar lebih banyak aktiviti membabitkan masyarakat dianjurkan.

“Saya rasa, untuk memperkasakan lagi Kuala Lumpur sebagai pusat seni dan budaya warisan serta sukan, kita perlu adakan lebih banyak aktiviti serta program.

“Seni tidak bermaksud hiburan semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan dan sebagainya. Jadi, kita akan banyakkan aktiviti untuk menarik minat warga kota dan pelancong luar.

“Pada masa sama, kita ingin merakyatkan lagi program-program yang diadakan sekali gus membabitkan masyarakat yang berminat dengan acara sebegini,” katanya. HM

Afdlin Shauki dilantik ahli Lembaga Penasihat DBKL

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker