PRN Kelantan: Lawan anak sendiri, Annuar Musa ambil pendekatan tunggu dan lihat

BACHOK – Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan beliau tidak akan berlawan dengan anaknya Afiq Amani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ia susulan Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar oleh UMNO Kelantan kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon PRN.

Annuar berkata, hal ini kerana Afiq Amani merupakan penyokong kuat beliau.

“Buat masa ini saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung perkara tersebut,” katanya semasa sidang akhbar pada malam Rabu.

Sebelum itu, beliau berucap pada ceramah Ppakat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di sini.

Menurut bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, sebarang perkembangan berkait perkara tersebut akan diteliti terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.

Media pada Rabu melaporkan, Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon pada PRN tidak lama lagi.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, Afiq Amani dinamakan oleh UMNO Ketereh untuk bertanding di salah satu DUN dalam Parlimen berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker