PRN2023: Ramalan laluan UMNO sukar tidak tepat – Penganalisis

PRN2023: Ramalan laluan UMNO sukar tidak tepat – Penganalisis

Ramalan UMNO bakal berdepan laluan sukar untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak tepat.

Pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pertandingan kali ini merupakan kerjasama di antara UMNO-Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang diterjemahkan menerusi Kerajaan Perpaduan.

“Kalau BN bertanding tujuh peratus kerusi kemungkinan apa yang dikatakan betul tapi kalau (bertanding) 45 peratus (daripada jumlah keseluruhan kerusi DUN)) dan selebihnya ditandingi oleh PH, saya kira ia tidak akan menggugat UMNO-BN,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Semalam, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, BN yang mendapat 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka kehilangan banyak kerusi.

Katanya, ramalan tersebut sekali gus menyebabkan PH gagal untuk menawan dua negeri pembangkang, selain sukar mengukuhkan kuasa di tiga negeri di bawah pemerintahannya.

Kenyataan Kartini itu merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang mengumumkan BN akan bertanding di lebih 100 DUN dalam enam PRN akan datang manakala selebihnya oleh PH.

Mengulas lanjut beliau berkata, PRN tidak sama dengan pemilihan parti yang berisiko menggugat kedudukan mana-mana pemimpin, sebaliknya ia merupakan pemilihan kerajaan yang bakal mengetuai pentadbiran sesebuah negeri.

“Ini bukan pemilihan Presiden tapi PRN, ini bukan soal dalaman parti yang berkonflik dalaman parti (tetapi) adalah (persaingan dengan) puak-puak tertentu yang bersekutu dengan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan perkara tersebut pun sudah hampir dibersihkan,” ujar beliau.

Katanya, UMNO masih berpeluang untuk menang di mana-mana kerusi DUN yang bakal ditandingi dengan berusaha menampilkan calon berkualiti, muda dan dekat di hati rakyat.

Sementara itu Awang Azman berkata, kerjasama yang baik dengan kerajaan pusat merupakan faktor kepada masa depan sesebuah negeri khususnya demi pembangunan ekonomi.

Sehubungan itu beliau berkata, rakyat perlu bijak memilih untuk memberi kemenangan kepada parti yang mampu membangunkan negeri.

“Kemudian pihak mana yang dilihat mempunyai akses untuk menjana, membina pembangunan negeri? Bukankah kerajaan pusat, jadi dengan menyokong kepimpinan kerajaan pusat akan bantu membangun negeri, kalau tidak sehaluan akan menghambat pembangunan ekonomi rakyat.

“Jadi rakyat mahu pilih tingkatkan ekonomi dengan baik melalui bekerjasama dengan kerajaan pusat atau memilih untuk menolak?,” soal beliau. MG

PRN2023: Ramalan laluan UMNO sukar tidak tepat – Penganalisis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker