PRN2023: Majoriti pengundi berusia 21 hingga 29 tahun

PRN2023: Majoriti pengundi berusia 21 hingga 29 tahun

Majoriti daripada 9,773,571 pemilih layak mengundi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Ogos ini membabitkan pengundi berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Berdasarkan statistik dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemilih dalam lingkungan usia berkenaan adalah seramai 2,169,120 atau 22.19 peratus diikuti pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun iaitu seramai 2,163,982 orang atau 22.14 peratus.



Pengundi berusia 40 hingga 49 tahun adalah seramai 1,695,876 orang (17.35 peratus) disusuli pemilih berusia 50 hingga 59 tahun iaitu seramai 1,380,446 orang (14.12 peratus) dan seramai 1,035,257 pengundi berusia antara 60 hingga 69 tahun (10.59 peratus).

Bagi pengundi muda berusia antara 18 hingga 20 tahun pula, statistik SPR berdasarkan daftar pemilih menunjukkan golongan terbabit adalah seramai 661,905 orang atau 6.77 peratus.

Seramai 491,111 pengundi membabitkan pemilih berusia antara 70 hingga 79 tahun atau 5.02 peratus manakala seramai 146,883 pengundi berusia antara 80 hingga 89 tahun (1.50 peratus) serta 28,991 lagi adalah pemilih berusia 90 tahun ke atas (0.30 peratus).

Sementara itu, Selangor merekodkan jumlah pengundi paling ramai iaitu membabitkan 3,747,057 pemilih diikuti Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).



Bagi PRN kali ini, seramai 4,935,937 atau 50.17 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi terdiri daripada wanita manakala 4,837,634 atau 49.83 peratus adalah lelaki. BH

PRN2023: Majoriti pengundi berusia 21 hingga 29 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker