Peniaga Mekah rancak tawar diskaun selepas wukuf
MEKAH – Suasana selepas musim haji di kota ini kian rancak apabila peniaga mekah berdekatan hotel jemaah Malaysia berlumba-lumba menawarkan diskaun kepada orang ramai sebelum mereka berangkat pulang secara berperingkat semalam.
Seorang peniaga pakaian dan cenderamata, Fawaz Ahmad, 60, berkata, dia tidak menang tangan melayan kehadiran pelanggan ke kedainya selepas jemaah pulang dari berwukuf di Arafah.
Katanya, sebelum ini kedainya sering dikunjungi pelanggan tetapi jumlahnya meningkat sekali ganda apabila tiba hari jemaah Malaysia dijangka pulang.
“Kami menawarkan diskaun antara 20 (RM24) hingga 35 riyal (RM43) untuk pakaian terpilih dan baharu selain menjual secara pukal empat pakaian 100 riyal.
“Taktik ini menjadi dan kedai kami dikunjungi pelanggan bertali arus. Saya terpaksa mendapatkan bantuan pekerja tambahan untuk melayan jemaah,” katanya di sini semalam.
Menurut Fawaz, selain menjual pakaian dan cenderamata, dia juga ada menyediakan hotel serta bilik sewa untuk jemaah yang ingin menggunakannya dalam tempoh yang singkat.
Tambahnya, hotelnya terletak berdekatan Menara Jam di Masjidilharam dan hanya dibuka sepanjang musim haji.
Fawaz berkata, pemberian diskaun adalah perkara biasa buat peniaga sepertinya lebih-lebih lagi selepas wukuf yang menyaksikan jemaah menabur riyal bagi membeli hadiah buat anak, cucu dan kenalan di Malaysia.
“Antara yang laku ialah sejadah Madinah, abaya permaisuri, jubah lelaki dan cenderamata. Abaya ini direka dan dijahit sendiri oleh kami di kilang berdekatan,” ujarnya.
Peniaga lain dari Yaman, Sulaiman Abduh, 26, berkata, pelanggan yang datang akan menyebut ‘Fi tahfidh’ (ada diskaun) untuk meminta potongan harga daripadanya.
“Saya sudah berpuluh tahun berniaga di sini dan sudah lali dengan suasana seperti ini. Penghujung musim haji merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu kerana kebanyakan jemaah akan berbelanja selepas membuat tinjauan sebelum mereka berwukuf,” katanya.
Menurut Sulaiman, perkataan halal, bismillah dan akhir kalam juga merupakan taktik jemaah untuk meminta potongan harga.
“Jika pandai pilih dan pujuk, mereka akan dapat diskaun yang tidak disangka kerana kami ingin menghabiskan stok kebanyakan barangan yang ada,” katanya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
- Raline Shah si cantik kaya, ada zoo di rumah
- Syed Saddiq ‘bantai’ Adam Adli
- Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k
- Fadhli Shaari ambil video tanpa kebenaran Youtuber, beri gambaran salah
- Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut
- Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan
- Sakit misteri Yantzen sukar dirawat
- Pekerja mall pulangkan RM18,000 dalam troli dipuji
- John Dihani berlagak, Shuib tetap saman
- Asyraf Khalid jawab dakwaan kurang ajar dengan pekerja hotel
- Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?
- Shila Amzah ‘koyak’ pulak
- Jangan Sampai Raisuddin Cari!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Abby gaduh dengan Norman? (Video)
You must be logged in to post a comment.