Pas Terengganu sedia 10 tawaran dalam manifiesto sabtu ini

Pas Terengganu akan mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini sempena program Jelajah Mega PN Best, Himpunan Teguh Pertahan Terengganu di Dataran Jambatan Angkat.

Menteri Besar , Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan manifesto tersebut, Pas Terengganu menggariskan 10 tawaran yang merangkumi semua aspek untuk masa depan negeri itu.

“Kita akan melengkapkan pengumuman 10 tawaran Pas Terengganu pada 8 Julai 2023 (Sabtu) bersempena program Jelajah Mega PN Best, Himpunan Teguh Pertahan Terengganu di Dataran Jambatan Angkat.

“Saya dengan penuh sukacitanya menjemput semua rakyat Terengganu untuk turut bersama dalam program ini,”katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian bagi PRN serentak di enam negeri pada 12 ogos manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri Mokhtar berharap semua rakyat yang mengundi pulang dan menunaikan tanggungjawab.

“Ruang yang diberikan dalam sistem demokrasi ini perlu dimanfaatkan demi masa depan yang lebih baik.

“Manakala, kepada semua perantau yang bakal pulang mengundi nanti, suka untuk saya sarankan agar membuat perancangan yang awal bagi memastikan perjalanan pulang berjalan lancar dan selamat sampai di destinasi masing-masing,” jelasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker