Abang baju merah mohon maaf, dedah punca sebenar insiden
Abang baju merah mohon maaf, dedah punca sebenar insiden
Selepas menerima kecaman warganet dan menjalani hukuman penjara, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahannya mengasari pemandu wanita pada awal Jun lalu.
Mohammad Zaim Faiz, 29, atau dikenali ‘abang baju merah’ membuat permohonan maaf itu menerusi satu video tular dimuat naik pengguna TikTok, Shahidan semalam.
Menerusi video itu, Mohammad Zaim Faiz yang ditemani isterinya mengakui apa yang berlaku kerana kegagalannya mengawal emosi dan menyedari kesilapannya malah mengakui tiada niat mengasari wanita berkenaan.
“Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia atas sebab kelakuan saya. Untuk ‘side’ (pihak) saya, saya sudah terima hukuman, sudah kena penjara dan dapat kesedaran.
“Apa pengajaran saya dapat dalam penjara itu saya tak boleh nak kongsikan tapi dapat belajar sesuatu daripada kes ini, daripada banduan lain. Dalam penjara itu saya banyak berfikir panjang,” katanya.
Mohammad Zaim Faiz turut menerangkan situasi sebenar yang berlaku ketika kejadian berkenaan yang menjelaskan kemarahannya itu adalah reaksi daripada situasi yang berlaku selepas kereta dinaikinya bersama anak dan isteri nyaris terjatuh ke dalam gaung dipercayai kerana tindakan berbahaya pemandu wanita berkenaan.
Katanya, dia mengaku tidak berniat melakukan kekasaran ke atas wanita itu sambil menerangkan semuanya berlaku berpunca dirinya gagal mengawal perasaan.
Di akhir video, Mohammad Zaim Faiz turut memohon jasa baik warganet untuk berhenti mengeluarkan komen tidak benar mengenai kejadian berkenaan.
Katanya, dia juga berkemungkinan akan membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan sebagai tindak balas atas punca sebenar yang mencetuskan insiden itu.
Terdahulu, Mahkamah Majistret di Tapah, Perak menjatuhi hukuman tujuh hari penjara ke atas Mohammad Zaim Faiz yang mengasari pemandu wanita, Amiera Atiqah Shahrizan di Lata Iskandar Kilometer 22 Jalan Tapah-Cameron Highland pada 5 Jun lalu.
Mohammad Zaim Faiz mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dan mengugut seorang pemandu wanita dalam insiden yang tular di media sosial itu.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohammad Zaim Faiz didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa di lokasi dan masa yang sama atas kesalahan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. HM
Abang baju merah mohon maaf, dedah punca sebenar insiden
Baca Artikel Menarik:
- Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
- Raline Shah si cantik kaya, ada zoo di rumah
- Syed Saddiq ‘bantai’ Adam Adli
- Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k
- Fadhli Shaari ambil video tanpa kebenaran Youtuber, beri gambaran salah
- Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut
- Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan
- Sakit misteri Yantzen sukar dirawat
- Pekerja mall pulangkan RM18,000 dalam troli dipuji
- John Dihani berlagak, Shuib tetap saman
- Asyraf Khalid jawab dakwaan kurang ajar dengan pekerja hotel
- Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?
- Shila Amzah ‘koyak’ pulak
- Jangan Sampai Raisuddin Cari!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.