KPM lanjutkan tarikh daftar SPM 2023 hingga 30 Jun
KPM lanjutkan tarikh daftar SPM 2023 hingga 30 Jun
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian sehingga 30 Jun ini.
KPM dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri agar peluang kedua diberikan kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM.
Katanya, sebelum ini tarikh pendftaran peperiksaan itu tamat pada 16 Jun lalu sebagaimana dimaklumkan menerusi surat makluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Awam Tahun 2023: SPM, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bertarikh 2 Jun lepas.
“Walau bagaimanapun, (pelanjutan tarikh itu juga) selaras dengan teras keempat Nadi Keunggulan KPM yang memberi perhatian terhadap isu keciciran pendidikan.
“Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.
KPM berkata, calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.
Pada masa sama, KPM memaklumkan permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar.
Manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.
Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang LP di pautan lp.moe.gov.my.
“KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing.
“KPM sentiasa berusaha memastikan anak-anak mendapat peluang pendidikan yang berkualiti demi membangunkan Malaysia Madani,” katanya.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, kerajaan perlu mengenal pasti kira-kira 30,000 pelajar yang tercicir dari SPM supaya mereka boleh diserap ke mana-mana program latihan sedia ada.
Ketika ini dianggarkan 30,000 pelajar tidak menghadiri peperiksaan SPM dan perlu hidup tanpa sijil minimum yang diperlukan untuk memohon pelbagai jawatan termasuk dalam kerajaan. Utusan
KPM lanjutkan tarikh daftar SPM 2023 hingga 30 Jun
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah
- Di mana songsangnya?
- Ebit Lew pertahan Mondy dari di fitnah netizen Malaysia
- Rampas fail dan dokumen dari rumah Hamzah, LHDN tegas tiada siapa lebih besar dari undang-undang
- Inspektor Sheila buat hal lagi, kini telah tangkap Polis [VIDEO]
- Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita
- Doktor Yasmin, si duyung cantik
- Anak pukul mati ibu kerana tegur buat bising
- Dzuleira Abu Bakar letak jawatan
- Gosip kahwin AR Badul, Annie Arifin beri tempoh seminggu
- Anak bini balik kampung tahlil bapa, suami syok dengan perempuan lain di rumah
- Khairy pilih PKR atau BERSATU?
- Pegawai polis viral dikenakan tindakan tatatertib, jalani pemeriksaan mental
- Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat
Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan
You must be logged in to post a comment.