Hari Wukuf di Arafah ditetapkan 27 Jun

Hari Wukuf di Arafah ditetapkan 27 Jun

Lembaga Tabung Haji mula melipatgandakan persiapan operasi masyair yang kini sudah mencapai 80 peratus selepas kerajaan Arab Saudi me­ngumumkan hari wukuf di Arafah ditetapkan pada 27 Jun ini

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, hampir tiga juta jemaah akan berkumpul di Arafah sebagai kemuncak haji pada tahun ini dan pihak Masyariq telah mendirikan khemah baharu yang mempunyai teknologi pantulan haba di Arafah untuk keselesaan jemaah Malaysia.

“Sebanyak 278 khemah di Arafah dan Mina yang boleh memuatkan antara 180 hingga 300 jemaah setiap satu telah didirikan di lokasi tersebut.

“Selain itu, dapur baharu yang lebih tahan lama dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk memastikan makanan lebih bersih serta selamat juga dibina pada tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Syed Saleh memberitahu, bungkusan makanan sedia dimakan yang dibawa khas dari Malaysia juga akan diedarkan sebanyak tujuh kali sehari berbanding lima pada tahun lepas kepada jemaah.

“Setiap maktab ketika ini sedang memberikan taklimat mengenai pergerakan Masyair kepada jemaah dan setiap mereka akan diberikan nombor khemah seperti yang dilakukan ketika mendaftar masuk ke hotel ketika tiba di sini,” katanya.

Menurut Syed Saleh, nombor itu perlu dilekatkan pada kad nama masing-masing supaya mereka tidak keliru dan memudahkan petugas memberikan pandu arah.

“Kita berharap persiapan akan mencapai 100 peratus menjelang Masyair. Jemaah dinasihatkan supaya bersedia untuk berwukuf dan melaksanakan ibadah di Muzdalifah serta Mina,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saleh memberitahu, seramai 29,212 jemaah telah sampai di Mekah dengan menaiki 95 penerba­ngan.

“Seramai 64 jemaah dima­sukkan di wad dengan 56 di pusat rawatan Tabung Haji manakala lapan lagi di hospital Arab Saudi,” katanya.

Sementara itu, hadiah misteri bakal menjadi milik jemaah bertuah yang di­pilih sebagai pemenang dalam pertandingan men­jaga kebersihan bilik ma­sing-masing.

Syed Saleh berkata, aktiviti peringkat maktab itu adalah kesinambungan program sama yang dimulakan ketika operasi Masyair pada 2017 dan 2018.
Pertandingan melibatkan sebanyak sembilan buah maktab.

“Pemenang dipilih ber­dasar keceriaan dan kebersihan maktab dan bilik ikut kategori jemaah lelaki dan wanita,” katanya. Utusan

Hari Wukuf di Arafah ditetapkan 27 Jun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker