Annuar anggap Umno di bawah pengaruh ‘pemandu mabuk ketum’

Annuar anggap Umno di bawah pengaruh ‘pemandu mabuk ketum’

Mengandaikan parti politik seperti sebuah kenderaan, Annuar Musa terus mengkritik kepimpinan Umno yang disifatkannya mutakhir ini dikendalikan oleh pemandu yang “mabuk ketum”.

Bercakap mengenai ‘pengkhianatan’ pemimpin Umno terhadap kerjasama dengan PAS sebelum ini, Annuar berkata, dia tidak ada masalah apabila dipecat daripada parti itu.

“Boleh buang ambo (saya), buang ambo takda masalah sebab pegangan ambo parti politik itu adalah (macam) kenderaan.

“Tiap-tiap kenderaan kena ada pemandu, kenderaan ini buatan manusia, pemandu itu manusia. Pada ambo yang penting adalah stesen, kita orang Islam stesen itu penting bukan kenderaan dan pemandunya saja.

“Adik, kakak dah lama pilih kenderaan PAS, ambo pilih kenderaan Umno.

“Pada ambo kesemuanya kenderaan, tetapi kenderaan PAS pergi sampai ke stesen tidak tergelincir, lurus sokmo. Umno pula lurus juga, kemudian akhir-akhir ini boleh pemandu mabuk ketum. Kereta sama tapi pemandu jenis bengon tak sampai ke stesen,” katanya.

Annuar berkata demikian semasa berucap dalam program Jelajah Ceramah Pakat Pertahan Kelantan di Pasir Puteh, malam tadi.

Bekas ahli Parlimen Ketereh dan setiausaha agung BN itu berkata Umno sepatutnya memperjuangkan dan menegakkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, serta mengepalai penyatuan ummah bertepatan dengan namanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mk

Annuar anggap Umno di bawah pengaruh ‘pemandu mabuk ketum’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker