Anggota bomba bantuan mohon pertolongan urus anak sakit

Anggota bomba bantuan mohon pertolongan urus anak sakit

JERANTUT: Gaji bulanan RM1,900 yang diperoleh seorang anggota bomba bantuan di Kampung Som di sini tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan anaknya berusia lapan tahun yang menghidap sakit paru-paru pramatang.

Malah, dia juga perlu menanggung persekolahan tiga lagi anaknya.

Anggota berkenaan dikatakan memerlukan sehingga RM3,000 sebulan untuk tujuan belanja barangan keperluan dapur dan pengangkutan ulang alik ke hospital.

Hasran Shahidan, 43, dan isterinya, Rahimah Ali, 43, berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan untuk menguruskan kebajikan anaknya, Norhawarizuwana yang masih dalam pemantauan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dekat sini selepas tiga bulan tinggal di wad ekoran penyakit dialaminya.

Hasran berkata, dia perlu menyediakan susu khas yang berharga lebih RM70 sekotak, lampin pakai buang serta kemudahan pengangkutan berulang alik ke Hoshas termasuk menumpukan kebajikan keluarga.

“Purata perbelanjaan menanggung kebajikan Norhawarizuwana dan persekolahan tiga anak, belanja barang keperluan dapur, pengangkutan ulang alik ke hospital RM3,000 sebulan.

“Mana mampu saya yang cuma memperoleh pendapatan RM1,900 sebulan dan ditampung jualan kuih-muih dilakukan oleh isteri saya yang cuma kadang-kadang mendapat RM50 sehari masih tidak cukup.

“Isteri saya pun tidak sepenuh masa menjual kuih-muih dilakukan menerusi tempahan (COD) kerana lebih banyak menumpukan kebajikan Norhawarizuwana yang masih dalam tempoh pemulihan penyakit ini,” katanya di sini semalam.

Hasran menjelaskan, dia dan isteri bersyukur serta berterima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) yang membantu rawatan paru-paru pramatang Norhawarizuwana dalam tempoh tiga bulan dengan kos sumbangan RM18,800 dan sehingga kini meneruskan bantuan bulanan RM200 untuk kebajikan anak bongsunya itu.

“Dalam tempoh menjaga anak menerima rawatan anak selama tiga bulan di wad, isteri saya terpaksa berhenti jualan kuih-muih kerana sentiasa bersama anak sehinggalah terpaksa kami mengeluarkan belanja sendiri sebanyak RM5,000 untuk penginapan dan makanan, pengangkutan dan belanja keluarga di sini,” katanya.

Sementara itu, Rahimah memberitahu, mereka anak-beranak masih tinggal di rumah sewa di kampung itu dengan kadar sewaan bulanan RM200 kerana tidak mempunyai harta atau tapak untuk pembinaan rumah.

“Mana mampu kami membeli tanah tapak dan membina rumah kerana pendapatan kami hanya cuma untuk cukup keperluan dapur, kebajikan anak yang sakit, bil utiliti serta persekolahan yang lain.

“Saya dan suami berharap supaya kerajaan negeri dapat memberikan bantuan rumah baharu di mana-mana tempat kampung ini supaya kami dapat berteduh anak-beranak dan mencari rezeki tanpa menyewa lagi,” katanya.

Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Hasran menerusi talian 0179872866 atau terus ke akaun CIMB bernombor 7067708567 (Rahimah Ali). Utusan

Anggota bomba bantuan mohon pertolongan urus anak sakit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker