Aktres, doktor dari Malaysia sertai Festival Filem Cannes Ke-76
Festival Filem Cannes Ke-76 yang berlangsung antara 16 hingga 27 Mei di Cannes, Perancis menyediakan platform luar biasa untuk bakat dari Malaysia bersinar di persada antarabangsa.
Penyertaan bintang filem Adiwiraku, Sangeeta Krishnasamy dan anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di Ireland, Dr Nisha Thayananthan pada acara berprestij itu menyuntik dimensi kepelbagaian kepada acara berkenaan.
Dr Nisha, model sambilan dan pencinta fesyen berkata, melangkah di karpet merah di Festival Filem Cannes adalah impian menjadi kenyataan dan memberikan pengalaman yang sangat berharga.
“Ia adalah satu pengalaman menakjubkan dan perjalanan luar biasa menjadi doktor di bilik pembedahan dan diundang ke karpet merah Festival Filem Cannes.
“Saya yakin wujudnya harmoni dalam bidang perubatan, fesyen dan pembikinan filem,” kata Dr Nisha melalui aplikasi WhatsApp kepada BERNAMA.
Dr Nisha percaya latar belakangnya sebagai doktor perubatan sudah pasti mempengaruhi pendekatannya terhadap filem yang dipaparkan di festival itu.
Beliau berkata, filem di Cannes itu memberikannya peluang untuk merenung semula pengalaman hidup dan mengambil pengajaran bermakna untuk membantu masyarakat.
Antara filem yang meninggalkan impak ialah Black Flies yang memaparkan perjalanan Ollie Cross, seorang pemuda yang bersiap sedia untuk ke sekolah perubatan dan mengetengahkan cabaran yang dihadapi oleh profesional perubatan.
“Kisah bidang perubatan yang begitu realistik ditonjolkan dalam filem Black Flies berkaitan dengan profesion saya dalam bidang perubatan, mengetengahkan dedikasi dan daya tahan diperlukan menyelamatkan nyawa walaupun menghadapi halangan,” katanya.
Mengenai pandangannya terhadap profesional perubatan yang berhasrat untuk mengejar minat kreatif, Dr Nisha menekankan kepentingan mencari tujuan hidup dan melakukan apa diminati, tanpa memikirkan pandangan masyarakat.
“Meskipun menjadi doktor sepenuh masa menuntut banyak waktu dan tenaga, terbabit dalam usaha kreatif boleh memberikan kegembiraan, mengurangkan stres dan meningkatkan kemajuan diri.
“Dengan terbabit dalam usaha ini, profesional muda dapat menjadi individu berdaya maju dalam bidang yang dipilih sambil memupuk sisi artistik,” katanya.
Sementara itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) yang kali pertama menyertai Festival Filem Cannes percaya anugerah berprestij itu menjadi platform terbaik untuk golongan penerbit yang mahu mengintai kerjasama antarabangsa.
Sangeeta berkata, banyak insentif menarik disediakan oleh pelbagai negara, termasuklah Malaysia yang menawarkan insentif 30 peratus untuk penerbitan filem asing yang memilih membuat penggambaran di negara ini.
“Negara lain turut memberikan insentif seperti Sepanyol, Iran, Brazil dan Taiwan, mereka bekerjasama dengan Malaysia,” katanya.
Katanya, Festival Filem Cannes tahun ini menyaksikan penyertaan banyak negara ASEAN, yang membawa kepada pengenalan tumpuan ASEAN-Eropah.
“Inisiatif ini juga bertujuan memudahkan hubungan antara pembikin filem ASEAN dan Eropah, memupuk pembiayaan dan kerjasama penerbitan bersama,” katanya. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah
- Di mana songsangnya?
- Ebit Lew pertahan Mondy dari di fitnah netizen Malaysia
- Rampas fail dan dokumen dari rumah Hamzah, LHDN tegas tiada siapa lebih besar dari undang-undang
- Inspektor Sheila buat hal lagi, kini telah tangkap Polis [VIDEO]
- Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita
- Doktor Yasmin, si duyung cantik
- Anak pukul mati ibu kerana tegur buat bising
- Dzuleira Abu Bakar letak jawatan
- Gosip kahwin AR Badul, Annie Arifin beri tempoh seminggu
- Anak bini balik kampung tahlil bapa, suami syok dengan perempuan lain di rumah
- Khairy pilih PKR atau BERSATU?
- Pegawai polis viral dikenakan tindakan tatatertib, jalani pemeriksaan mental
- Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat
Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan