Cuaca panas bunuh 100 orang

NEW DELHI – Hampir 100 kematian direkodkan setelah gelombang haba ekstrem melanda utara India sejak empat hari lalu.Data pemerintah pada Ahad menunjukkan kira-kira 54 individu dimasukkan ke hospital di daerah Ballia di Uttar Pradesh meninggal dunia pada 15 hingga 17 Jun lalu.”Seramai 400 lagi pesakit sedang dirawat kerana pelbagai masalah penyakit disebabkan cuaca panas melampau tersebut,” ujar pihak berkuasa kesihatan.Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan yang menjadi bertambah buruk kerana keadaan cuaca sekarang.Bagi menangani kes yang semakin meningkat, pihak berkuasa terpaksa membatalkan kesemua permohonan cuti kakitangan perubatan di Ballia selain menyediakan katil tambahan bagi menampung jumlah pesakit.Sementara itu, Menteri Kesihatan Uttar Pradesh, Brijesh Pathak berkata, pemerintah negeri telah melancarkan siasatan terhadap punca sebenar kematian ‘luar biasa’ di Ballia.

“Kami berdepan kekurangan pengusung kerana kebanjiran pesakit di hospital,” lapor India Today memetik kenyataan seorang staf kesihatan.

Jabatan Meteorologi memaklumkan suhu maksimum di Uttar Pradesh mencecah sehingga 43 darjah Celsius pada akhir minggu lalu iaitu lima darjah melebihi paras normal.

Jelasnya, gelombang haba ekstrem dijangka berterusan di bahagian timur pada minggu ini.



Situasi sama turut dihadapi di negeri Bihar di mana hampir 44 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam kerana gelombang haba ekstrem yang kini melanda rantau Asia.

Menurut pemerintah tempatan, sebanyak 18 lokasi di negeri itu mengalami cuaca panas terik luar biasa dengan suhu di 11 daerah melepasi 44 darjah Celsius pada Sabtu.

Kajian World Weather Attribution, sebuah kumpulan akademik mengenai perubahan iklim mendapati cuaca panas melampau bahagian Asia Selatan pada April disifatkan 30 kali ganda lebih dahsyat. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker