Sindiket pelacuran beroperasi menggunakan WhatsApp dan Telegram tumpas

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket membekalkan pekerja seks dengan penahanan 72 warga asing dan tujuh lelaki tempatan bertindak sebagai “kapten” dalam operasi khas di Cheras dan Kepong, Khamis lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh, berkata semua semua yang ditahan pada operasi 9 malam itu berusia 25 hingga 42 tahun.

Katanya, pasukan operasi menyerbu lima premis dan menahan warga asing terdiri empat lelaki Vietnam, tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki India, 43 wanita Vietnam, 15 wanita Indonesia dan enam wanita Thailand.

“Wanita warga asing yang ditahan menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dan turut berada di premis semasa serbuan ialah beberapa orang pelanggan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Ruslin, berkata sindiket itu dipercayai beroperasi hampir dua tahun dan mengiklankan perkhidmatan seks di laman sosial WhatsApp serta Telegram.

Katanya, modus operandi sindiket adalah pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks akan berurusan melalui Whatsapp dan diberikan kata laluan untuk masuk ke premis.

“Sindiket itu mengenakan bayaran RM230 untuk tempoh satu jam, bergantung kepada ‘pakej’ dipilih pelanggan,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati, warga asing berkenaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai dokumen perjalanan, pas lawatan sosial (PLS) tamat tempoh dan menyalahgunakan pas.

“Pasukan operasi merampas 48 pasport Vietnam yang berada di premis dan sebuah kenderaan jenis SUV.

“Kenderaan tersebut dipercayai digunakan untuk menghantar wanita warga asing ke tempat yang dipilih pelanggan. Turut dirampas wang tunai RM6,275 dipercayai hasil bayaran khidmat seks di premis,” katanya.

Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007(ATIPSOM).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker