Noh Omar tidak turun bertanding di Selangor

Bekas pengerusi BN Selangor Noh Omar berkata dia tidak akan diturunkan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang dan sebaliknya akan memainkan peranan sokongan.

Noh berkata dia merancang untuk menjelajah ke seluruh Selangor bagi membantu pembangkang.

“Saya tidak bertanding dalam PRN nanti, rasa cukuplah setakat ini dan mahu beri peluang kepada muka baru kerana di Selangor sendiri ramai tokoh muda berwibawa boleh diketengahkan.



“Namun saya akan turun padang berkempen kerana mahu meneruskan perjuangan saya untuk menewaskan PH di Selangor selepas BN kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008 (PRU2008) lalu,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Bercakap di luar majlis pelancaran kempen Perikatan Nasional di Bangi malam tadi, Noh yakin PN berpeluang menang di Selangor kerana kemungkinan faktor pertembungan berbagai penjuru pada PRN akan datang.

“Sebab itulah semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno dulu, saya beritahu pucuk pimpinan supaya memastikan tidak berlaku pertembungan tiga penjuru di Selangor iaitu antara BN, PH dan PAS kerana ia akan merugikan parti,” katanya.

Pada awal 2022, Noh melobi kepimpinan Umno membenarkan pakatan BN-PAS hanya untuk Selangor.



Itu tidak menjadi kenyataan kerana kepimpinan Umno tidak gemar dengan sikap PAS yang memihak kepada Bersatu.

Noh antara pemimpin Umno yang dipecat parti itu sejak Disember tahun lalu, selain Khairy Jamaluddin dan Annuar Musa. Pun begitu, hanya Noh dan Annuar yang secara rasmi mengisytiharkan mereka menyokong PN.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara



Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker