Cuaca panas, ular beranak pinak dalam pendingin hawa

Tangkap layar menerusi akaun TikTok APM, ular yang berjaya ditangkap, bersarang di dalam pendingin hawa.

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini boleh mengundang kehadiran reptilia yang ingin mencari tempat yang lebih sejuk sebagai ‘rumah’ baru mereka.

Tular di aplikasi TikTok  apabila Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berjaya menangkap ular yang bersarang di dalam pendingin hawa di sebuah rumah di Langkawi baru-baru ini.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat, seorang anggota APM wanita berjaya mengeluarkan ular sebanyak enam ekor dari pendingin hawa tersebut.

“Ular-ular ni buat rumah pula dalam ‘aircond’. Panas-panas nii cepat cepat, periksa rumah korang,” katanya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa terkejut kerana tidak pernah menyangka yang ular boleh bersarang dan berumah di dalam ‘aircond’.

“Dia masuk ikut lubang mana? lubang ‘aircond’ ke? rumah bertutup pun dah tak selamat sekarang, takutnya,” komen AufadanUmar.

“Kalau aku, memang dah tak masuk dalam bilik tu. Takutnya kalau jumpa. Lipas dalam bilik pun aku sanggup tidur luar,” komen Sunflower.

Perkongsian di TikTok APM Langkawi menjadi tular sehingga meraih 295,500 tontonan, 9,077 tanda suka dan 657 komen.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker