Azizulhasni layak berstatus legenda Asia
NILAI – Perjalanan berliku jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas kembali ke perlumbaan trek dianggap paling bermakna selepas pelumba berusia 35 tahun itu berjaya menoktahkan kemenangan dalam aksi pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional sebentar tadi.
Azizulhasni yang menjalani pembedahan jantung pada April tahun lalu membuktikan beliau sememangnya luar biasa selepas kini dianggap sebagai ‘Legenda Pecut Asia’ selepas melengkapkan emas ke-11 dalam penyertaan di ACC sejurus mengatasi pelumba Jepun, Kaiya Ota pada aksi final.
Pada saingan itu, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ itu mempamerkan kayuhan bertenaga dengan strategi terbaik terutama mengikat Ota dengan kemenangan 2-0 selepas mengakhiri perlumbaan pertama dengan catatan 9.924 saat (s) dan 9.828s pada perlumbaan kedua.
“Perasaan saya bercampur-baur, dengan pelbagai perkara yang berlaku sebelum ini, ini pula adalah gelaran juara saya yang ke-11 di Asia, mencapai status legenda, saya rasa bagaikan tidak percaya, akhirnya saya berjaya melakukannya.
“Memang saya mengimpikan perkara ini sebelum saya sertai kejohanan di Hong Kong (Piala Trek Antarabangsa Hong Kong), saya mahu memenangi satu lagi pingat emas untuk memastikan status saya sebagai legenda dalam saingan ini, dan ia bukan mudah.
“Syukur Alhamdulillah, semua ini tidak datang daripada saya sahaja. Pertamanya daripada Allah SWT dan keduanya daripada penyokong serta ahli keluarga yang dapat memberikan sokongan.
“Sejak awal saya sudah jangka saingan hari ini agak mencabar. Bermula di peringkat separuh akhir sehingga final, perlumbaan hari ini memang mencabar. Peringkat kelayakan semalam juga cukup memenatkan. Kemudiannya pada pusingan pertama dan suku akhir, saya memberikan persembahan 80 peratus sahaja, ia lebih kepada taktikal,” kata Azizulhasni.
Dengan kejayaan dalam acara pecut individu sebentar tadi, Azizulhasni telah menandakan legasi yang cukup gemilang apabila merekodkan 11 pingat emas di pentas ACC setakat ini, sekali gus mencipta sejarah tersendiri pada kejohanan berprestij Asia itu.
Azizulhasni berpeluang menambah kilauan pingat emas apabila turun bertanding dalam acara kegemarannya, keirin yang berlangsung pada Ahad.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sulaiman Taib fail saman terhadap Raghad
- Siapa suami Mizz Nina?
- Pegawai hina Lance Koperal, kertas siasatan dibuka
- Mahathir, Daim, Nor perlu jawab isu aset UMNO RM100 bilion didakwa lesap
- Dia tengok baju nurse lain kot – Baby Shima sindir Wan Razali
- Mahkamah tambah hukuman penjara, Abang sado koyak, menangis insaf
- Cat Walk seksi di Kota Bharu (Video)
- Maafkan Afiq Muiz Ibarat Bunuh Diri – Pachara
- MK K-Clique nikahi Siti Hajaar
- Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS
- SPRM mesti segera siasat Mahathir
- Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN
- Usaha Ebit Lew bantu gelandangan bertatu penuh drama terbongkar
- ‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah
You must be logged in to post a comment.