Ahli politik “Payung” tauke judi dalam siasatan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat berkaitan pembabitan ahli politik dalam aktiviti judi dalam talian.

“Siasatan berkenaan dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima dan turut berkongsi perkara tersebut bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah serta salah guna kuasa hingga menyebabkan isu judi ini berlaku,” kata kenyataan yang dikeluarkan bahagian komunikasi strategik suruhanjaya itu pada hari ini.



Malam tadi, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya dan SPRM berkongsi maklumat bagi menentusahkan aktiviti judi dalam talian yang melibatkan pihak politik.

Acryl Sani berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

Ini susulan pendedahan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail di parlimen kelmarin yang mendakwa terdapat ‘naungan politik’ melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.

Saiffuddin menjawab soalan R Ramanan (PH-Sungai Buloh) yang mahu tahu jika benar wujud naungan politik yang melindungi kegiatan perjudian haram dalam talian.



Menteri itu juga mendakwa pihak yang menyediakan platform perjudian dalam talian itu boleh mengaut keuntungan sekitar RM200 juta seminggu.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara



Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker