PERODUA Axia E harga ‘rahmah’ RM22,000
PERODUA Axia E harga ‘rahmah’ RM22,000
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans.
Ini menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994 dengan harga RM24,800.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model terbaharu Axia E itu direka untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, Axia E mula dibuka untuk tempahan bermula hari ini dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan.
“Ini kerana Axia E mempunyai stok sedia ada sebanyak 3,000 unit dan memang sudah bersedia untuk dihantar segera selepas tempahan,” katanya selepas majlis memperkenalkan Axia E di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Masaki Ogita.
Zainal Abidin berkata, Axia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Beliau berkata, Perodua Axia E adalah sebahagian daripada objektif asal kumpulan untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.
Perodua Axia E, katanya didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun dengan tiga pilihan warna dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver serta warna baharu Granite Grey.
Katanya, sejak dilancarkan pada 2014 sehingga 31 Mei 2023, PERODUA telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari lalu.
“Bagi Axia E, kumpulan menyasarkan jualan sebanyak 1,500 unit sebulan, termasuk pemilikan individu dan jualan korporat.
“Walaupun kami tidak menentukan siapa pelanggan, PERODUA percaya bahawa model ini menjadi pilihan yang ditunggu rakyat. Kami percaya Axia E akan membantu unjuran jualan keseluruhan kumpulan tahun ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Axia E telah diuji dan terbukti dalam pasaran selama bertahun-tahun dan kumpulan percaya varian itu akan memenuhi peranan semasanya dalam memberi peluang kepada pemilik motosikal supaya memiliki kereta baharu.
“Berdasarkan perbincangan dengan institusi kewangan, kami mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E.
“Ini adalah kos sama yang perlu dibayar untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli,” katanya.
Kelainan yang dilaksanakan PERODUA bagi model Axia E ini juga adalah memperkenalkan harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah berbeza. BH
PERODUA Axia E harga ‘rahmah’ RM22,000
Baca Artikel Menarik:
- Bomoh didakwa lakukan hubungan seks tanpa kebenaran
- Maut kemalangan ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya
- Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu
- Buat kerja tuhan punca sidang Dewan Rakyat kecoh
- Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara
- Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?
- Komen Puteri Sarah selepas diceraikan Syamsul
- Annuar usah berlagak jadi juara
- Tiga panglima Umno Johor bakal sertai PN
- Badul nikah artis muda?
- Syamsul ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu
- Georgina dapat RM500,000 sebulan seumur hidup jika berpisah dengan Ronaldo
- Faizal Tahir terkejut tiket konsert dijual bermula RM488
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta
Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik
You must be logged in to post a comment.