Pachara tertawa, nafi ada lelaki lain seperti didakwa suami
Pachara tertawa, nafi ada lelaki lain seperti didakwa suami
SHAH ALAM – “Saya ada ramai kawan dan dakwaan curang salah.”
Demikian penjelasan isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin bagi dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya.
Rentetan daripada dakwaan tersebut, Afiq turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan bakal dibicarakan pada 4 Julai depan.
Katanya, semua tohmahan yang dilemparkan Afiq kepadanya adalah tidak benar.
“Terus-terang saya rasa nak gelak dengan dakwaan itu.
“Saya terkejut dengan dakwaan itu. Saya ada ramai kawan dan dakwaan ada lelaki lain tidak betul,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.
Baca Artikel Menarik:
Afiq dakwa Pachara curang, lakukan perkara dilarang
Dalam pada itu, dia juga mengakui trauma dan tidak akan sesekali kembali dalam perkahwinan bersama Afiq.
“Kalau kata saya maafkan dia sekali lagi, ibaratnya bunuh diri sendiri.
“Mak saya kata kalau maafkan Afiq sekali lagi, jangan panggil dia sebagai mak lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, harapannya masih sama seperti sebelum ini iaitu meminta Afiq melepaskannya dengan segera.
“Tolong cepat lepaskan saya.
Baca Artikel Menarik:
“Kalau nak bina hidup baru sebagai lelaki lebih baik, saya boleh sedekahkan doa, berubah dan jangan lakukan perkara tidak sepatutnya terhadap isteri baru,” ujarnya.
Hari ini, Afiq memberitahu, dia sudah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Pachara atas dakwaan isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini menetapkan 13 Julai sebagai tarikh sebutan baharu bagi prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh pasangan tersebut.
Fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh hukum Syarak.
Antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
Baca Artikel Menarik:
‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)
Pada 6 April lalu, Pachara menyifatkan suaminya sengaja melengah-lengahkan proses permohonan cerai secara fasakh yang dituntutnya selepas mendakwa tidak menerima sebarang notis awal berhubung perkara tersebut.
Sementara Afiq tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media ketika ditemui di mahkamah.
Sebelum ini, Pachara dalam satu pendedahannya memberitahu Afiq pernah mengasarinya sehingga mengakibatkan kaki serta jarinya patah.
Kenyataan tersebut kemudiannya meraih komen balas adik Afiq iaitu pelakon, Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara membuat kenyataan palsu dalam media sosial.
Tidak menunggu lama, Afiq kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Dengkil pada 30 November tahun lalu bagi membersihkan nama selepas mendakwa difitnah.
Pada 27 Mac 2019, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga. – KOSMO! ONLINE
Pachara tertawa, nafi ada lelaki lain seperti didakwa suami
Baca Artikel Menarik:
- Afiq simpan bukti dicurangi Pachara
- Nikki Palikat bikin ‘gila’ dalam Panas
- Tiket konsert paling mahal Faizal Tahir habis terjual
Layari Laman Facebook MYKMU.NET