Perlu tunggu 148 tahun untuk tunai haji

Perlu tunggu 148 tahun untuk tunai haji

Pendeposit yang baru mendaftar sebagai bakal jemaah dengan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menunggu sehingga 148 tahun untuk mendapatkan giliran menunaikan ibadat itu.

“Mereka adalah sebahagian daripada 3.8 juta bakal jemaah yang menanti tawaran untuk mengerjakan haji,” kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam majlis ramah mesra jemaah haji di Makkah semalam.

Mengikut sistem pendaftaran sedia ada, yang dilaksanakan berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak 1995, setiap pendeposit TH akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa mereka mendaftar.

Jika jumlah pendeposit yang baru mendaftar haji pada satu-satu jangka masa itu tinggi, maka tempoh menunggu giliran akan menjadi semakin lama.

Justeru, Syed Saleh yang juga pengarah eksekutif haji TH, mengajak jemaah haji negara pada musim 1444H/2023M untuk sama-sama bersyukur kerana terpilih dalam kalangan jutaan umat Islam yang menunggu giliran untuk menjadi “tetamu” Allah di Tanah Suci.

“Bersyukur kerana terpilih untuk menunaikan haji tahun ini selepas menanti sekian lama ketika masih begitu ramai yang menunggu giliran mereka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan jemaah yang hadir bahawa semakan tawaran secara rasmi kini juga dipermudah dengan penggunaan aplikasi THiJARI, berbanding pada zaman dahulu yang mana surat tawaran perlu dihantar melalui pos. FMT

Perlu tunggu 148 tahun untuk tunai haji

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker