Zahid ingatkan Anwar lantik wakil Umno ke exco kerajaan negeri

PAU 2023

Zahid ingatkan Anwar lantik wakil Umno ke exco kerajaan negeri

Presiden Umno mengingatkan pengerusi Pakatan Harapan supaya melantik wakil Umno ke exco kerajaan di negeri-negeri yang ditadbir gabungan itu selepas PRN akan datang.

Zahid Hamidi memberitahu Anwar Ibrahim bahawa Umno akan mempertahankan penguasaan PH di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun tiada wakil Umno dalam exco tiga negeri itu meskipun bersama dalam kerajaan perpaduan.

“Sudah tentu, kita bersama-sama rakan politik dalam kerajaan, sesungguhnya kita bertekad mahu mempertahankan penguasaan di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

“Anwar jangan lupa kita mahu wakil Umno dalam ketiga-tiga kerajaan negeri itu,” katanya dalam ucapan dasar presiden sempena perhimpunan agung Umno, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Sementara itu, Zahid berkata Umno memikul amanah menerajui kerajaan perpaduan di negeri-negeri “Jalur Melayu” pada PRN akan datang, iaitu Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Tiga negeri itu kini ditadbir Perikatan Nasional, dengan menteri besar daripada PAS.

“Islam itu bersih. Bersih di luar dan bersih di dalam. Untuk bersih, Islam memerlukan air bersih,” kata Zahid.

“Soal keperluan air bersih, umpamanya di Kelantan, seolah-olah jalan penyelesaiannya tidak kunjung tiba. Apakah mereka tidak diberi peluang? 33 tahun menjadi pemerintah dan wakil mereka pernah menjadi menteri yang menjaga air, air karat masih gagal dijernihkan.” FMT

Zahid ingatkan Anwar lantik wakil Umno ke exco kerajaan negeri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker