Pesan Zahid buat ‘rakan’: Padam curiga, elak gores perasaan Melayu

PAU 2023

Pesan Zahid buat ‘rakan’: Padam curiga, elak gores perasaan Melayu

Umno berharap kerjasama yang dibentuk dalam kerajaan sekarang akan dapat menghilangkan rasa curiga antara parti, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru Ahmad Zahid berkata langkah yang perlu diambil oleh semua pihak dalam parti kerajaan ialah lebih berhati-hati dalam perbuatan atau perkataan.

“Harapan saya, kesalingan yang terbentuk (dalam kerajaan) ini akan memadamkan kecurigaan sesama kita. Jangan lagi ada kenyataan-kenyataan yang boleh menguris hati antara kita.

“Kepada sahabat-sahabat kita, jangan diusik hati dan perasaan orang Melayu.

“Begitu juga dengan kita, elakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat dan rakan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2023 di Kuala Lumpur, hari ini.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan sama, Ahmad Zahid menegaskan Umno bukanlah sebuah parti yang boleh dianggap sebagai “mengkarung politik” sehingga boleh mengabaikan asas perjuangan mereka.

Kata timbalan perdana menteri itu, Umno tetap dengan prinsipnya walaupun ketika ini bekerjasama dengan parti yang pernah dimusuhi mereka.

Jelas ahli parlimen Bagan Datuk itu, kerjasama antara parti itu dengan PH adalah dibuat berdasarkan kepada penyesuaian politik yang berdasarkan realiti semasa.

“Kita melakukan penyesuaian politik berdasarkan realiti politik semasa, termasuklah dalam pembentukan kerajaan perpaduan sejak 24 Nov tahun lalu.

“Perkara pokok atau asas yang melibatkan soal Islam, Melayu dan bumiputera tidak pernah dicabar atau cuba dirobek oleh mana-mana rakan kongsi politik kita,” katanya. Mk

Pesan Zahid buat ‘rakan’: Padam curiga, elak gores perasaan Melayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

https://mykmu.net/2023/06/08/durian-duri-hitam-dijual-rm98-1-kilogram-di-vietnam/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker