Samun warga emas, polis berjaya selesaikan kes

IPOH – Tiga penjenayah yang aktif melakukan pecah rumah dan samun sepasang suami isteri warga emas bulan lalu, tumpas apabila dicekup polis dalam dua serbuan berasingan di Bercham pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketiga-tiga suspek diburu dalam satu operasi khas selepas tiga kali memecah masuk rumah mangsa pada 2,11 dan 24 Mei lalu hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM27,000

“Polis menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 33, 39 dan 41 tahun dalam dua serbuan berasingan sekitar jam 2 dan 2.30 petang di Bercham pada Khamis.



“Polis berjaya merampas beberapa barang kes termasuklah kenderaan dan barangan milik mangsa semasa tangkapan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Dengan tertangkap suspek, ketiga-tiga kes melibatkan mangsa sama berjaya diselesaikan.

“Polis kini sedang mengenal pasti jumlah sebenar kes yang dilakukan kumpulan ini dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.



Sinar Harian minggu lalu melaporkan sepasang suami isteri hidup dalam ketakutan apabila rumah mereka di Regat Tasek Timur 20, Taman Ria Bercham, menjadi sasaran pencuri.

Rumah diduduki warga emas, Chan Liew Chan, 72, bersama suaminya, Tou Kum Hin, 80, yang juga menghidap strok dipecah masuk sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga minggu.

Kejadian ketiga memberi kesan kepada wanita itu apabila lutut kanannya mengalami retak akibat ditolak oleh salah seorang suspek.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh



Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam



Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker