Kekayaan Billionair Malaysia meningkat, 3 tokoh korporat Melayu terkaya

 

SHAH ALAM – Tiga orang Melayu terkaya tersenarai antara 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2023.

Menurut majalah itu, tiga individu berkenaan ialah tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.

Syed Mokhtar berada di kedudukan ke-11 individu terkaya Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.6 bilion.

Sumber kekayaan Syed Mokhtar yang berusia 71 tahun itu adalah menerusi perniagaan dalam industri pembinaan dan kejuruteraan.

Sebahagian besar kekayaannya datang daripada pegangan dalam DRB-Hicom dan MMC Corp.

Operasi MMC Corp merangkumi pelabuhan, logistik, pembinaan dan kejuruteraan, manakala DRB-Hicom ialah firma automotif dengan kepentingan dalam hartanah dan pendidikan.

Syed Mokhtar turut mempunyai Yayasan Albukhary, di mana kebanyakan keuntungan syarikat disumbangkan ke dalam yayasan berkenaan bagi pembangunan ummah.

Sementara itu, Syed Azman menduduki tangga ke-24 dengan nilai kekayaan berjumlah AS$825 juta.

 

Disyorkan artikel berkaitan ini:

 

Syed Azman, 63, yang memiliki Weststar Aviation telah mengendalikan kumpulan helikopter untuk perkhidmatan luar pesisir kedua terbesar di rantau Asia Pasifik.

Selain itu, Syed Azman juga mempunyai perniagaan menyewa jet peribadi kepada eksekutif.

Weststar Aviation miliknya itu mempunyai 34 buah helikopter yang menawarkan perkhidmatan ke Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Beliau telah membeli semula 21 peratus kepentingan dalam firma pelaburan KKR dan kini bernilai AS$825 juta, naik 27 peratus daripada tahun lepas.

Selain itu, Azman disenaraikan sebagai individu ke-34 terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan berjumlah AS$575 juta.

Azman, 83, merupakan bekas Pengerusi AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) dan berada dalam industri perbankan sejak tahun 1960, apabila beliau menyertai Bank Negara Malaysia.

Azman bersara pada April 2022, namun beliau kekal sebagai Pengerusi Emeritus.

Azman juga mempunyai kepentingan dalam RCE Capital dan Amcorp Properties, yang dipengerusikan oleh anak perempuannya, Shalina.

50 individu terkaya Malaysia.
50 individu terkaya Malaysia.

 

Dalam pada itu, kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 meningkat kepada AS$81.6 bilion, daripada AS$80.5 bilion tahun lepas.

Senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes 2023 itu juga mendapati, ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar yang lebih sederhana tahun ini, setelah meningkat 8.7 peratus pada tahun 2022 berikutan pemulihan perbelanjaan pengguna dalam negara.

Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.

Pengasas Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok yang akan berusia 100 tahun pada Oktober ini masih menduduki tempat pertama orang terkaya di Malaysia, kedudukan yang dipegangnya selama lebih suku abad dengan jumlah kekayaan AS$11.8 bilion.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker